SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH 2003

 

SHAH ALAM - 10 Disember 2003 Apabila Islam diterima oleh pemerintah Melayu pada awal zaman Kesultanan Melayu Melaka, ia diterima sekaligus bersama-sama sistem perundangannya. Hukum kanun Melaka adalah antara kodifikasi undang-undang Islam yang diamalkan ketika itu.

Walaupun demikian, apabila Tanah Melayu mengalami pelbagai peristiwa besar dalam bentuk penjajahan, ia telah mengakibatkan perubahan yang sangat ketara terhadap sistem perundangan Negara, termasuklah sistem perundangannya. Undang-undang Islam telah mengalami pengecilan skop yang hanya meliputi hal ehwal kekeluargaan dan adat istiadat melayu sahaja.

Sehubungan dengan itu, satu Seminar Perundangan Syariah telah diadakan bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Seminar anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor adalah bersempena Hari Keputraan Sultan Selangor yang Ke 58. Seminar yang dihadiri oleh para Mufti seluruh Malaysia itu telah membincangkan tentang Sistem Perundangan Syariah merangkumi sejarah dan perlaksanaannya dinegara ini.

Diantara objektif utama seminar ini dianjurkan adalah untuk mengkaji konflik yang berlaku di dalam sistem perundangan sedia ada di Malaysia hari ini dan membincangkan mekanisma yang terbaik bagi penyelesaian konflik yang mungkin timbul disebabkan dualisme yang diamalkan didalam sistem perundangan hari ini.

Sesi Lawatan Di Sekitar Istana

 

Bergambar bersama D.Y.M.M Sultan Selangor
Perasmian
Perserta yang hadir.
Pembentang Kertas Kerja