KLANG
18 September - Jabatan Mufti Negeri
Selangor melalui Bahagian Falak
Syarie sekali lagi telah mengadakan
kursus falak Syarie peringkat daerah
yang telah diadakan di Kem El Azzahar
Morib, Banting. Kursus yang disertai
seramai 50 orang peserta ini telah
didedahkan tentang kepentingan ilmu
falak syarie dalam kehidupan sehari-harian
disamping memupuk minat dan meningkatkan
kemahiran dalam menguasai ilmu falak
syarie untuk diaplikasikan ditempat
masing-masing.
Terdahulu, pihak Jabatan Mufti Negeri
Selangor telah menjalinkan kerjasama
dengan Jabatan Syariah, Kolej Islam
Selangor darul Ehsan dalam mengajurkan
kursus falak syarie. Kursus yang
disertai oleh para intelektual terdiri
daripada ketua-ketua jabatan Kolej
Islam Selangor Darul Ehsan, Pensyarah-pensyarah,
Pegawai-pegawai Agama Islam Pejabat
Daerah, Pelajar-pelajar IPT itu
telah diadakan selama tiga hari
bermula 8 hingga 10 Ogos 2003.