26 Ogos 2008
– Jabatan Mufti Negeri Selangor
melalui Bahagian Istinbat telah
mengadakan Muzakarah Pakar Kali
Ke – 4 bertemakan “Berandam
Dalam Perkahwinan Islam”.
Muzakarah ini diadakan di Bilik
Gerakan Dewan Annex, Dewan Undangan
Negeri Selangor.
Objektif
muzakarah ini diadakan ialah :
1. |
Membincangkan dan merumus segala
permasalahan mengenai “Berandam
Dalam Perkahwinan Melayu”
dari perspektif hukum syara’ |
2.
|
Mencari
jalan penyelesaian yang terbaik
terhadap isu berkaitan “Berandam
Dalam Perkahwinan Melayu”
yang masih diamalkan dalam adat
istiadat perkahwinan |
3.
|
Menyediakan
ruang kepada pihak yang berkaitan
untuk bermuzakarah dan bertukar
fikiran berkaitan isu “Berandam
Dalam Perkahwinan Melayu” |
Muzakarah
ini bermula pada pukul 8.40 pagi
dengan ucapan aluan oleh Sahibus
Samahah Dato’ Haji Abdul Majid
bin Omar, Timbalan Mufti Selangor.
Setelah itu, ucapan perasmian oleh
Y.B. Tuan Dr. Shafie Bin Abu Bakar,
Pembantu Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Hal Ehwal Islam Dan Adat –
Adat Melayu mewakili Y.B. Dato’
Dr. Hasan Bin Mohamed Ali, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat – Adat Melayu, Insfrastruktur
Dan Kemudahan Awam.
Sebanyak
tiga kertas kerja dibentangkan sepanjang
muzakarah tersebut. Kertas kerja
“ Perkahwinan Melayu Menurut
Pandangan Ahli Budaya” dibentangkan
oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Kamarudddin
Bin M. Said. Kertas kerja kedua
“ Berandam Dalam Perkahwinan
Melayu” dibentangkan oleh
Y.Bhg. Dato’ Dr. Amran Bin
Kasimin dan kertas kerja ketiga
“ Berandam Menurut Pandangan
Islam” oleh Y.Bhg. Prof. Madya
Dr. Budah @ Udah Bin Mokhsin.
Muzakarah
ini berakhir pada pukul 1.00 petang
dengan penyampaian cederahati kepada
moderator dan pembentang kertas
kerja.
Download
Aturcara Majlis: (Aturcara)