KLANG
14 Julai - Era globalisasi abad
ke 21 merupakan era yang mencabar
keutuhan jati diri dan survival
masyarakat. gabungan antara cabaran
dalaman dan luaran yang berupa keterikatan
ummah dalam teori-teori pemikiran
yang tidak boleh menyumbang kepada
pembangunan ummah secara bersepadu
dan terpengaruh dengan pemikiran
asing yang tidak sesuai dengan prinsip
dan falsafah Islam yang murni. Ia
telah meletakkan umat Islam kini
sebagai umat yang kurang upaya untuk
menghadapi cabaran abad ini.
Menyedari hakikat ini, Jabatan Mufti
Selangor dengan kerjasama Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya,
telah menganjurkan satu seminar
bertajuk "Pembangunan Bersepadu
Teras Kecemerlangn Ummah" bertempat
di Hotel Goldcourse, Klang. Seminar
yang disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan
Kerajaan Negeri, Mufti-Mufti Seluruh
Malaysia, Adun-Adun dan NGO ini
telah dirasmikan oleh YAB Dato'
Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo,
Menteri Besar Selangor.
"Kita
kini wujud dalam dunia yang mana
kita tidak boleh sekadar menjadi
pengikut, tetapi jadi pelopor, tidak
boleh sekadar mengharap tetapi berusaha,
kita tidak boleh bersandar pada
pihak lain tetapi mesti berdikari,
kita tidak boleh sekadar berbincang
tetapi bertindak, kita tidak boleh
bernaung dibawah sejarah indah yang
silam, tetapi cuba mengulangi sejarah
gemilang itu pada hari ini dan akan
datang" Katanya dalam ucapan
perasmian seminar tersebut.
Seminar yang dipengerusikan oleh
En Ahmad Jamin dan dibarisi para
pembentang kertas kerja YBhg. Profesor
Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab
Majid, YBhg. Profesor Dr. Abd Aziz
Mohd Zin, YBhg Dr. Fauzi Hamat,
YBhg. Profesor Madya Dr. Rahimin
Affendi Abd Rahim, YBhg En. Mustafa
Abdullah itu berakhir jam 4.30 petang.