Pada
21 Februari 2008 - Jabatan Mufti
Negeri Selangor telah menerima kunjungan
pelajar dari Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya. Kunjungan ini diketuai oleh
Dr. Rusydi bin Ramli diiringi oleh
dua orang tutor bersama 39 orang
pelajar. Beberapa aktiviti telah
dirancangkan diantaranya sessi pengenalan
dan penerangan mengenai perkara
khilafiah, perwartaan fatwa dan
sebagainya. Kunjungan ini dibawa
melawat kawasan persekitaran pejabat
agar dapat memberi gambaran kepada
pelajar aktiviti yang dilakukan
bagi setiap bahagian dan fungsinya.
Kunjungan ini berakhir pada pukul
12.30 tengahari dengan sessi bergambar
dan makan tengahari.