Pada
Tanggal 13 Ramadhan 1423 Hijri
bersamaan 18 November 2002
telah diadakan suatu perjumpaan
diantara Menteri Besar Selangor
dan warga kerja Jabatan Mufti
Negeri Selangor bertempat
di bilik mesyuarat jabatan
ini.
Majlis
yang dimulakan pada jam 8.00
pagi itu berakhir pada jam
9.30 pagi. Di antara pengisian
pertemuan tersebut ialah bacaan
ikrar, taklimat berkaitan
jabatan, tazkirah, ucapan
MB dan diakhiri dengan sesi
lawatan di sekeliling kawasan
Jabatan Mufti Selangor.
Didalam
ucapannya MB menekankan betapa
perlunya kita mengekalkan
keperibadian muslim serta
akhlak muslim sebenar kerana
menurut beliau ummat Islam
sekarang hanya dapat bertahan
kerana memiliki akhlak yang
terbaik. Sekiranya akhlak
mulia ini tiada lagi dalam
diri seorang muslim, maka
saat kehancuran dan kerosakan
akan berlaku.
Pertemuan ini diadakan sebagai
suatu usaha untuk merapatkan
hubungan antara pemimpin dengan
kakitangan kerajaan negeri.
Ia juga salah satu usaha pemimpin
turun padang bagi menyelami
perkara-perkara yang berlaku
disetiap jabatan kerajaan.
Majlis
ini telah dilangsungkan dengan
jayanya dengan adanya kerjasama
dari semua pihak.