|
Segala
pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad
semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya,
juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah
yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi,
dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia
yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka
pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon
benteng perlindungan dari gangguan syaitan
yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya.
Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah
yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan
dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh
mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang
mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai
Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah
merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi
dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya.
Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta
alam.
|