|

|
Segala
pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad
dan juga keluarganya dan juga para sahabat
seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan
pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang
dari kami melakukannya sedangkan kami belum
bertaubat dan engkau pun belum meredhainya,
walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun
engkau masih mengasihi kami setelah menghukum
kami, dan engkau masih menganjurkan kepada
kami supaya bertaubat selepas kami melakukan
maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun
, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa
kebaikan yang kami lakukan mendapat redha
Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami,
maka dengan ini kami memohon kepada engkau
wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai
ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa
daripada kami dan janganlah engkau kecewakan
harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina
Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya.
Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya
layak untuk Allah, Tuhan semesta alam.
|