Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,
Khutbah
Jumaat kali ini, saya ingin mengajak para jama'ah sekalian
kepada satu muhasabah dan renungan terhadap anak remaja
kita masa kini.
Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja
palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap.
Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan
remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta
seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila
bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14
tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia
syahid dalam keadaan bersama-sama anak batu petugas-petugas
Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban
syahid dengan batu tergenggam ditangannya. Dinegara
Eropah dan dunia Barat, remaja berlumba-lumba mencari
ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu seperti
penerokaan angkasa lepas, kejuruteraan, pertahanan dan
lain-lain bidang ilmu lagi yang bersifat global atau
tanpa sepadan.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.
Disaat itu juga ramai yang tertanya-tanya dimanakan
para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang
dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang
bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang
bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas
maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab
malam? Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu trend
baru keruntuhan moral iaitu Pesta Buih di Bangsar yang
melibatkan sebahagian besar penyertaannya. Para Remaja
kita menari dan menyanyi salam keadaan separuh bogel.
Ini tidak ubah hanya meniru dan menciplak budaya barat
yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan, sedangkan
ulama' menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah adab.
Disinilah
lahirnya budaya 'Hippies' dan budaya keseronokan yang
mana hidup bebas adalah teras perjuangan, kita juga
dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja
kita yang lepak, bohsia, ekstesi, bersekedudukan tanpa
nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah
remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan
agama, bangsa dan negara?
Sidang
Jumaat Yang Dihormati,
Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan
kesalahan 100% keatas para remaja.
Junjungan
mulia S.A.W pernah bersabda :
|
Bermaksud
: "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"
|
Memang
diusia remaja, sikap suka mencuba, sesuatu yang baru
dan mencabar minda. Ini juga turut diperakui oleh seseorang
ahli sufi, dimana beliau bimbang akan anak-anak yang
sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada
nafsu dan syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala
yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar
untuk membuat ketaatan.
Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat
dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk
menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu
maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran
yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda
yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca
dan diingat. Filem-filem yang berunsur lucah dan pelbagai
aksi yang merangsang nafsu remaja tidak sewenang-wenang
di tayang kerana ini semua menyumbang kearah keruntuhan
jiwa dan nurani para remaja seperti berzina, melahirkan
anak luar nikah dahulu daripada anak-anak yang sah.
Sidang
Jumaat Yang Dimuliakan,
Disamping itu juga, keruntuhan institusi keluarga juga
merupakan factor penyumbang keruntuhan jiwa remaja.
Ada pasangan yang berkahwin sekadar untuk memuaskan
nafsu sahaja dan bukan untuk niat dan cita-cita membentuk
keluarga harmoni. Apabila tiada elemen-elemen kebahagiaan
dirumah, maka remaja mengambil jalan pintas lari dari
rumah dan melibatkan diri dengan gejala-gejala yang
tidak sihat yang kononnya mencari ketenangan jiwa. Tetapi
sayangnya lain yang dicari, lainyang dapat. Seumpamanya
keluar dari mulut naga masuk ke mulur buaya.
Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian
kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja
hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin
dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima
kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila
diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan
Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan
menyokongnya. Ini diperkuatkan oleh firman Allah S.W.T
:
|
Bermaksud
: "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad)
perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka
itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka
dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"
|
Sidang
Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Disaat ini dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah
perkasa yang disaluti dengan iman dan jati diri yang
kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah
Bin Ma'sud, Musab bin Amir, Ammar Bin Yasir dan Usamah
Bin Zaid yang merupakan remaja yang dihantar oleh khalifah
Abu Bakar bagi menentang 'Byzantin' yang ketika itu
berumur 18 tahun. Usamah Bin Zaid pernah berdoa :
|
Bermaksud
: " Demi Allah, sekiranya bukan kerana
lautan luas yang menjadi penghalang, nescaya
aku akan takluk seluruh dunia ini dalam meninggikan
Kalimahmu, wahai tuhan, saksikanlah."
|
Oleh
itu, para remaja kita hari ini diseru dan ingatkan agar
bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup mukmin yang
hakiki, semi agama, bangsa dan umat seluruhnya.
Firman Allah S.W.T dalam surah A-Qasis ayat : 50