Sidang
Jumaat yang berbahagia,
Pada
kesempatan yang mulia ini, dan dihari yang penuh dengan
keberkatan ini, saya berseru kepada diri saya sendiri
dan kepada tuan-tuan sidang Jumaat sekalian agar beriman
dan bertakwa kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benarnya
takwa iaitu dengan mengikut segala suruhannya dan ajaran
Allah S.W.T. disamping meninggalkan segala bentuk larangannya.
Inilah tanda bahawa seseorang itu benar-benar beriman
dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Firman
Allah dalam surah An-Nur ayat 51 :
|
Maksudnya
: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh
orang-orang yag beriman ketika mereka diajak
kepada kitab Allah dan sunnah rasulnya, supaya
menjadi hakim memutuskan sesuatu diantara mereka,
hanyalah mereka berkata " Kami dengar dan
kami taat". Dan mereka itulah orang-orang
yang beroleh kejayaan.
|
Sidang
Jumaat Yang Berbahagia,
Pertanyaan
diantara kebenaran dan keadilan telah bermula sejak
sekian lama iaitu semenjak para nabi dan para rasul
S.A.W. diutus untuk menyampaikan risalah tauhid dan
mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Pertarungan ini pastinya tidak akan berakhir bahkan
akan terus-menerus sehinggalah hari kiamat kelak. Oleh
kerana itulah kita dapat melihat hari ini bahawa musuh-musuh
Allah tidak akan berdiam diri, malah mereka sentiasa
bekerja keras dan berusaha dengan segala bentuk perancangan
yang tersusun rapi demi menghancurkan Islam dan umatnya.
Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. dalam
surah A-Saff ayat 9 - 8 :
|

|
|
Maksudnya
: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan
cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka,
sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan
yang demikian) tuhan yang tetap menyempurnakan
cahayanya itu, dialah yang telah mengutus rasulnya
(Muhammad) dengan membawa hadiah petunjuk dan
agama yang benar (agama Islam) supaya ia memenangkannya
dan meninggikannya atas segala bawaan-bawaan
agama yang lain walaupun orang-orang musyrik
tidak menyukainya.
|
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Oleh kerana perasaan dendam yang tidak pernah kunjung
padam, yang membara dalam setiap hati golongan kuffar
samasa Yahudi ataupun Nasrani, dari timur atau barat,
semuanya mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk menghancurkan
Islam dan umatnya dengan melalui berbagai-bagai cara
dan pendekatan, diantaranya ialah :
|
1.
Melenyapkan sistem pemerintahan Islam dimuka
bumi Allah.
2. Berusaha menjauhkan umat Islam daripada berpandukan
kitab Al-Quran disamping cuba menghilangkan
Al-Quran dari dada umat Islam.
3. Merosakkan akhlak generasi belia Islam melalui
budaya dan hiburan dari barat, pergaulan bebas
yang melalaikan dan menanamkan unsur-unsur lucah
di dada pemikiran belia-belia Islam.
4. Mereka sentiasa berusaha untuk menimbulkan
berbagai-bagai keraguan dan kesangsian terhadap
akidah Islamiah dan kesucian hadis Rasulullah
S.A.W.
5. Memecahkan kepentingan umat Arab dan melaga-lagakan
mereka di atas pentas politik dunia supaya mereka
itu tidak lagi bersatu di atas kalimah Allah
S.W.T.
6. Berusaha memusnahkan keperibadian akhlak
Rasul S.A.W. dengan melakukan penghinaan dan
fitnah supaya ianya tidak menjadi panduan dan
ikutan oleh umat Islam.
|
Sidang
Jumaat Yang Dimuliakan,
Marilah
kita perhatikan dengan penuh penelitian bahawa semua
agenda permusuhan terhadap Islam tersebut dilancarkan
secara begitu rapi dan tersusun samada melalui kekerasan
seperti dasar pecah dan perintah, memastikan urusan
agama dengan kehidupan atau lebih dikenali sebagai fahaman
'Sekularisme', dasar ekonomi, bibas, budaya dan sosial
dicemari dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan
agama Islam yang sebenar, maka dengan ini natijahnya,
sebahagian umat Islam akan terus tinggal nama sahaja
dan cara hidup mereka tidak lagi sempurna yang dikehendaki
oleh Islam. Umat islam hari ini dihina, ditindas dan
dibunuh dengan sewenang-wenangnya samada lelaki, perempuan,
kanak-kanak dan orang tua, harta benda umat Islam dimusnahkan,
dibakar dan dibuang. Itulah nasib umat Islam hari ini.
Marilah kita lihat apa yang terjadi di timur tengah,
orang-orang Yahudi di Palestin hanya seramai lebih kurang
tiga juta sahaja, tetapi tidak dapat dikalahkan oleh
umat Islam arab sekelilingnya yang berjumlah beratus
juta orang. Begitu juga di Bosnia Hergovinia, Afghanistan,
Filipina dan India. Bahawa umat Islam sentiasa dihina
dan dibunuh seolah-olah darah umat Islam yang mengalir
membasahi bumi ini tidak dihargai langsung dan tidak
ada pembelaan dari saudara-saudara Islam mereka.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.
Umat Islam banyak bergantung kepada kepakaran dibidang
teknologi ekonomi dan ilmu pengetahuan moden dari orang-orang
yang bukan Islam. Oleh kerana itulah segala sumber kekayaan
alam yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. seperti minyak
yang terdapat diperut bumi negara umat Islam sebahagian
besarnya mengalir dan dikuasai oleh orang-orang yang
bukan Islam, malah mereka pula menggunakan kekayaan
itu untuk menentang umat Islam sendiri.
Dunia hari ini masih lagi memperlihatkan terdapatnya
umat Islam yang masih kebuluran, buta huruf, buta Al-Quran
dan sebagainya. Akhlak dan keperibadian umat Islam hampir-hampir
hilang sepertimana yang dituntut oleh Islam. Itulah
nasib umat Islam, sekiranya umat Islam tidak kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar, mereka akan mendapat
kehinaan daripada Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah
dalam surah Ar-Rum ayat 41 :
|
Bermaksud
: Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia.
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat)
|
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.,
Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan setiap kita
umat Islam yang digelarkan sebaik-baik umat oleh Allah
S.W.T. melengkapkan diri dengan keteguhan iman, ilmu
dan amal yang mantap untuk mengikis segala perancangan
musuh Islam melalui proses didikan yang sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kerana hanya
didikan yang bersumberkan wahyu Allah sahajalah akan
dapat mengembalikan umat Islam menjadi umat terbaik,
umat yang memerintah, bukan yang diperintah. Hanya dengan
menghayati Islam dan telaksananya Syariat Allah S.W.T.
dimuka bumi ini akan menjadikan kita mulia dan menjadi
umat contoh yang memberi rahmat kepada seluruh alam
bertepatan dengan Saidina Omar Al-Khattab R.A.
|
Maksudnya
: Kami adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh
Allah S.W.T. dengan Islam selama mana kami mencari
kemuliaan yang bukan dari apa yang Allah muliakan
kami dengannya, maka kami akan mendapat kehinaan
Allah S.W.T.
|
Sidang
Jumaat Yang Berbahagia,
Hari ini, saya menyeru kepada seluruh kaum muslimin,
marilah kita mengorak langkah bekerjasama meningkatkan
keimanan, ilmu dan amal serta berdoa kehadrat Allah
S.W.T. agar umat Islam seluruhnya diberi keselamatan
dan kesejahteraan didunia dan di akhirat.