Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,
Marilah
kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah
S.W.T. Moga-moga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang
yang soleh kerana golongan ini akan dikurniakan Allah
S.W.T. dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak serta
ditempatkan didalam syurga yang penuh dengan segala
nikmat yang tidak terperi dan tinggal kekal di dalamnya
selama-lamanya. Syurga itu pula terdapat beberapa peringkat,
orang yang tinggi sekali darjat amalnya akan ditempatkan
pada peringkat-peringkat yang setinggi-tingginya.
Sidang
Jumaat Yang Dihormati,
Muslim yang soleh adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri
individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran
dan As-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan
muslim yang soleh, seseorang itu perlu memiliki ciri-ciri
yang unggul sebagai seorang Islam iaitu keimanan yang
utuh, amal ibadat yang menyeluruh meliputi ibadat khusus
dan ibadat umum yakni fardhu ain dan fardhu kifayah
serta akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan
amal soleh.
Sidang
Jumaat Yang Dihormati,
Keimanan kepada Allah adalah paksi pembinaan negara
dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu
yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin
dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.
Firman
Allah S.W.T.
|
Maksudnya
: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada
dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan
beramal soleh yang berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran.
|
Dalam
ayat ini, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa manusia yang
beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal soleh.
Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia
daripada menganggap diri mereka bebas daripada sebarang
kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan
kemudian mengaku tanpa sebarang syarat bahawa tiada
tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu Rasulullah.
Iman merangkumi tiga unsur utama iaitu kepercayaan yang
jitu, pengetahuan yang mendalam dan keyakinan yang teguh.
Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh
yang menjadi tonggak kekuatan rohaniah yang cukup kental
untuk membina jiwa dan jasmani manusia.
Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia.
Seseorang yang mempunyai keperibadian yang unggul akan
tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam
kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah
menjadikan manusia itu sendiri ialah untuk beribadat
kepadaNya.
Firman
Allah S.W.T.
|
Maksudnya
: Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan
untuk beribadat kepadaku.
(Az-Zariat : 56)
|
Ibadat
adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku
beriman kepada Tuhannya. Ianya bukan menyentuh fardhu
ain semata-mata tapi merangkumi hubungan sesama manusia
dan makhluk yang lain. Justeru itu, bagi individu yang
berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya
dengan pencipta mahupun masyarakat dan makhluk yang
lain adalah dianggap sebagai ibadah.
Allah
S.A.W. telah berfirman :
|
Maksudnya
: Sesunguhnya beruntunglah orang-orang yang
beriman iaitu yang khusyu' dalam sembahyangnya,
orang yang menjauhkan dirinya ( dari perbuatan
) yang tidak berguna, orang yang menunaikan
zakat dan orang yang menjaga kehormatan kecuali
terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka
miliki, maka sesungguhnya mereka dalam perkara
ini tidak tercela.
( Al-Mukminum : 1 - 6)
|
Sidang
Jumaat Yang Dihormati,
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil daripada
keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang
menjalinkan hubungan antara individu dan anggota masyarakat
terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan
oleh sesebuah anggota masyarakat. Sekiranya niai yang
diamalkan itu nilai yang positif, nilai yang baik maka
akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai dan
harmoni dan diselubungi dengan roh Islam. Rasulullah
S.A.W. adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam
sebuah hadis baginda telah bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
(Riwayat Ahmad)
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi
tonggak amalan bagi melahirkan individu yang unggul
antaranya ialah amanah, ikhlas, tekun, berdisiplin,
sentiasa bersyukur dan adil.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Orang yang soleh akan berjaya melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat
memenuhi tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal.
Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri
daripada empat perkara iaitu akal fikiran, roh, jasad
dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan
fitrah sebenar dan fungsi kejadian manusia itu sendiri
sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan
untuk memakmurkan bumi ini.
Akal fikiran yang diciptakan Allah S.W.T. merupakan
mahkota berharga yang menampilkan imej manusia.Ia bekeupayaan
menerima ilmu, berfikir, membezakan antara baik dan
yang buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikan
kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat
hidayah dan petunjuk Allah menerusi pemerhatian dan
penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran
yang disampaikan oleh orang lain.
Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran,
memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian
dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar
iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang
kemudiannya akan menemui hakikat kebesaran Allah sebagai
pencipta yang maha agung. Dengan itu, kita sebagai makhluk
yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh
kepada kekuasaan Allah dengan penuh kesedaran dan akan
melalui kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju
keredhaan Allah S.W.T.
Sidang
Jumaat Yang Dihormati,
Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan
kehidupan diri dan keluarganya. Ia dapat merencanakan
soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan
keluarganya dengan tarbiyah Islamiah. Ia dapat menjalankan
tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam
masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa
menjaga hubungan baik dengan Penciptanya.
Seseorang insan yang soleh dan unggul akan memastikan
hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan di sekitarnya
akan diasakan kepada panduan-panduan yang digariskan
oleh Islam.
Firman
Allah S.W.T. :
|
Maksudnya
: Dan berpegang teguhnya kamu sekelian kepada
tali Allah ( agama Islam ) dan janganlah kamu
berpecah-belah.
|
Dalam
sebuah hadis baginda S.A.W bersabda yang bermaksud :
Hubungan
orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti
sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain.