Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,
Bertakwalah
kepada Allah S.W.T. dan hendaklah kita sentiasa berkekalan
dalam amal kebajikan, dan menjauhkan diri dari sebarang
bentuk maksiat dan kemungkaran.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,
Akhir-akhir ini kita dapati ramai orang berminat memperkatakan
tentang perpaduan dan persaudaraan. Perkara seumpama
ini sering dipaparkan melalui media massa atau elektronik.
Alhamdulullah, ramai yang sedar bahawa perpecahan amat
merugikan ummah. Perpecahan boleh menyebabkan umat yang
pernah dijajah akan dijajah kembali. Jika diperhatikan
ajaran-ajaran Allah dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah
S.A.W. berkenaan dengan persaudaraan ini, kita akan
dapati bahawa Islam telah lama mengaturkan dengan sungguh
indah dan cantik, kemas dan sempurna. Pertama, diberi
kesedaran kepada orang Islam bahawa mereka diantara
satu sama lain adalah bersaudara.
Firman
Allah S.W.T. dalam surah Al-Hujurat ayat 10 :
|
Maksudnya
: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
bersaudara. Maka damailah diantara dua saudara
kamu ( yang bertelagah ) itu, dan bertakwalah
semoga kamu beroleh rahmat.
|
Setelah
disedari bahawa mereka itu bersaudara, maka Islam mengaturkan
pula satu peraturan, supaya persaudaraan tidak rosak,
tidak cacat dan terganggu, lalu dikemaskan perasaan
persaudaraan itu dengan sabda Rasulullah S.A.W.
|
Maksudnya
: Orang-orang yang mukmin itu salam sayang menyayangi,
kasih mengasihani, santun menyantuni tidak ubah
seperti satu tubuh seperti satu tubuh yang apabila
satu anggota daripada tubuh itu, akan menderita
pula seluruh tubuh yang lain dengan tidak dapat
tidur dan demam.
|
Setelah
baginda memberitahu bahawa semua orang mukmin bersaudara,
maka persaudaraan tersebut dianjurkan pula supaya dapat
melahirkan kasih sayang dikalangan mereka. Kasih sayang
itu hendaklah dapat diibaratkan sebagai satu tubuh atau
satu badan, apabila salah satu daripada anggotanya mengeluh
sakit maka seluruh badan itu terasa sakit juga.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.,
Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Islam hendak mengatur
perhubungan umat Islam sesama mereka. Bukan sekadar
mengatakan kita hanya bersaudara semata-mata, tetapi
perlu ditanamkan perasaan kasih sayang, sebagaimana
kasihnya satu anggota dengan anggota yang lain.
Jadi, umat Islam seluruhnya sama ada di Barat, Timur,
Utara atau Selatan, yang mempunyai perbezaan warna kulit
mahupun bahasa. Namun, apabila mereka katakan bahawa
mereka muslim dan duduk dibawah satu bendera
Maka mereka adalah satu tubuh. Apa yang dirasakan oleh
umat Islam di Selatan Filipina, apa yang dirasakan oleh
umat Islam di Asia Barat adalah perlu dirasakan sama
oleh umat Islam dimana sahaja mereka berada.
Itulah gambaran yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W.
bagaimana persaudaraan itu mesti berjalan, kerana persaudaraan
yang tidak mempunyai kasih sayang di dalamnya tidak
mempunyai erti dan persaudaraan yang tidak ada kemesraan
di dalamnya bukan saudara namanya.
Ajaran Islam mewajibkan penganutnya bersatu padu dan
tidak berpecah belah. Apabila orang melayu yang beragama
Islam berpecah, itulah tanda mereka tidak mengabaikan
ajaran agama mereka.
Bagi menyusun persaudaraan ini seterusnya supaya kasih
sayang dan kemesraan itu berkekalan. Agama Islam menegaskan
supaya diantara mereka wujud semangat tolong menolong.
Sabda
Rasulullah S.A.W.
|
Maksudnya
: Orang mukmin bagi orang mukmin itu seumpama
satu binaan. Kuat menguat diantara satu sama
lain.
|
Dalam
erti kata yang lain, sesebuah bangunan yang tinggi khasnya
bangunan-bangunan pencakar langit yang ada pada hari
ini, berpuluh tingkat tingginya sangat kemas, cantik
dan kukuh binaannya. Diantara batu batanya, simennya,
kapurnya, besinya dan segala benda yang ada dibangunan
itu adalah tolong menolong diantara satu sama lain,
kuat menguat diantara mereka sehingga bangunan itu dapat
berdiri dengan teguh dan megah.
Tidak ada dalam bangunan ini umpamanya batu dibawah
mengatakan fasal apa duduk dibawah? Kenapa tidak aku
naik ke atas? Kalaulah ada perasaan seumpama ini dikalangan
batu batu yang tidak berbicara dan bernyawa itu, nescaya
runtuhlah bangunan berkenaan. Tetapi malangnya dikalangan
umat Islam sekarang ini, mereka menanya dan mempersoalkan
kenapa itu?, dan kenapa ini?, tetapi mereka tidak pernah
bertanya apakah yang mereka sudah buat untuk itu dan
ini. Inilah yang berlaku dikalangan umat Islam hari
ini dimana perkataan "Kukuh Mengukuh Diantara Satu
Sama Lain" sudah luntur dan terhakis.
Kita tidak perlu pergi jauh. Ambil saja contoh kepada
anggota tubuh badan kita sendiri - kepala. Tangan dan
kaki kita, sekiranya dikalangan anggota ini berlaku
pergaduhan, kita tidak boleh hidup dan tidak boleh membuat
sesuatu apa pun.
Oleh sebab itulah Rasulullah memberi gambaran yang begitu
indah dan cantik sekali bahawa umat Islam itu adalah
bersaudara dikalangan mereka. Diantara mereka hendaklah
berkasih sayang, tolong menolong, kuat menguat dan bantu
membantu diantara satu sama lain.
Bukannya jatuh menjatuh, hina menghina, singkir menyingkir
dan cerca mencerca diantara satu sama lain.
Politiknya sepatutnya tidak diutamakan daripada perintah
agama, maka perbezaan cita-cita atau fahaman politik
tidak sepatutnya menjejaskan persaudaraan Islam dikalangan
orang melayu. Biarlah cita-cita dan saranan politik
kita berbeza tetapi kerana kita beragama Islam kita
masih tetap bersaudara dan bersatu padu hingga orang
lain menghormati kita menghormati segala hak yang menjadi
milik kita.
Sidang
Jumaat Yang Mulia,
Islam adalah agama nasihat. Oleh itu, saya menyeru kepada
diri saya dan kaum muslimin sekalian marilah kita berpegang
kepada ajaran ini. Insya Allah kita akan kuat kembali,
bukan untuk menindas orang lain tetapi untuk memimpin
ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.