Muslimin
yang dirahmati Allah sekalian,
Setiap
manusia yang mengakui beriman kepada Allah,
sedar bahawa tempoh hidup dibumi ini, akan berakhir
pada bila-bila masa sahaja. Maut tidak kenal
kecil atau besar, tua atau muda.
Usia
kita berlari bersama detik waktu siang dan malam,
dari hari ke minggu, bulan ke tahun. Kita melangkah
maju kehadapan. Kanak-kanak mengejar masa remajanya,
yang remaja memburu masa tuanya, dan yang tua
menuju ke titik akhir hayatnya.
Hidup
kita diikat dengan masa. Masa berjalan dalam
bentuk dan stailnya yang unik dan tersendiri.
Masa itu tidak menunggu kita, ia lebih pantas
daripada kilat. namun ramai manusia terpesona
sehingga mengabaikan masa, membiarkan masa yang
berharga itu berlalu, tanpa dimanfaatkan dengan
sawajarnya. Kerana itu Allah mengingatkan dengan
firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud:
|
Demi
masa sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, yang berpesan kepada
kebenaran dan berpesan kepada kesabaran.
|
Menurut
As-Sayhid Syed Qutub dan tafsir Fizililquran
dalam mentafsirkan surah Al-Asr" manusia
tidak mungkin tidak akan mencapai suatu peradaban
yang baik dan tinggi, kecuali jika melalui bimbingan
agama.
Rasullullah
S.A.W berpesan yang bermaksud ;
|
"Rebutlah
(pergunakanlah) lima waktu, sebelum
datang lima waktu yang lain, iaitu masa
muda sebelum tua, masa sihat sebelum
sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa
kaya sebelum papa, dan masa hidup sebelum
tiba masa mati.
|
Sebelum
pakar Management Moden berbicara dan membuat
pelbagai analisa mengenai masa, Islam telah
memperkatakan beribu tahun lebih awal. Umat
Islam yang rugi ialah mereka yang membuang masa
tanpa membuat kebajikan.
Mengikut
Sains Pengurusan Moden,
|
"masa
adalah sumber daya yang paling berharga"
Kita tidak dapat menyimpan masa di Bank,
sebagaimana kita menyimpan wang dan
barang yang berharga. Kita mesti menggunakan
masa yang ada dengan segera.
|
Amal
Ibadat seseorang juga bermula dan berakhir dengan
ukuran waktu dan masa tertentu. Contohnya, waktu
solat Zuhur tidak sama dengan waktu solat Asar.
masa bulan Ramadhan tidak sama bulan Zulhijjah.
Saudara-saudara,
Mengikut
para pengkaji dan penganalisa, masa boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu masa lalu, masa kini
dan masa akan datang. tetapi yang pasti bagi
kita ialah masa kini. Dalam konteks Agama Islam,
persoalan masa amat dititikberatkan dan dianjurkan
supaya menjaganya. Diperhitungkan hidup adalah
bermula dari masa. dunia dan penghidupannya
bermula dalam waktu dan masa.
Rasulullah
S.A.W. bersabda yang bermaksud :
|
"jika
pun berlaku kiamat, sedangkan ditangan
kamu ketika itu ada sebiji buah kurma,
jika kamu masih lagi berkesempatan untuk
menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya"
|
Jika
diteliti dari hadis tersebut, jelas membayangkan,
betapa berharga dan bernilainya setiap detik
perjalanan masa, yang semestinya diurus dengan
baik dan bermanfaat.
Umur
manusia dan umur dunia adalah istilah dalam
permainan masa. Apabila tamat jangkamasa waktu
24 jam, habislah masa sehari. Maka kita bergerak
selangkah lagi menuju hari berikutnya sehingga
usia tua.
Bila
sampai usia lanjut biasanya, kelemahan manusia
menguasai tubuh manusia, dan seterusnya kepada
semua pancaindera dan anggotanya, sehingga ada
kalanya ia tidak ada daya upaya atau kekuatan
lagi.
Satu
peristiwa, seorang tua Maan bin Zaidah
datang mengadap khalifah Al-Mamun, khalifah
bertanya kepada, bagaimana keadaanmu apabila
menjadi tua seumpama ini?. Jawabnya: Aku mudah
tersembam lantaran terlanggar batu kecil. Bila
aku lapar aku marah, bila aku makan aku bosan,
bila dalam majlis aku mengantuk, bila aku diatas
tempat penginapan mataku celik.
Tujuan
khalifah menyoal Maan adalah untuk mengingatkan
kepada mereka yang lebih tua, bahawa masa muda
adalah masa beramal dan jangan menangguhkan
ibadat ketika tua, kerana usia tua tenaga amat
terhad.
Para
hadirin yang dirahmati Allah,
Setiap
tahun ramai yang mengambil peperiksaan SPM dan
STPM. Setelah tamat peperiksaan, mereka akan
menikmati masa lapang yang panjang lebih dari
3 bulan, semata-mata untuk menunggu keputusan
peperiksaan. Begitu juga anak-anak yang sedang
bersekolah rendah atau menengah pula, menikmati
cuti penggal lebih daripada 70 hari setahun
atau lebih 350 hari dalam 5 tahun. Ini bermakna
anak-anak yang dikatakan bersekolah selama 5
tahun, sebenarnya ia bersekolah hanya 4 tahun.
1 tahun lagi adalah jumlah cuti penggal persekolahannya.
Detik
masa muda itu, ialah detik yang sepatutnya dihabiskan
untuk mencapai sifat-sifat mulia, menambah khazanah
ilmu pengetahuan, serta merebut kedudukan yang
tertinggi dalam urusan agama. Setiap manusia
didunia ini mempunyai masa yang sama. Manusia
boleh menjalankan segala urusan berkaitan dengan
hal-hal keduniaan seperti mencari rezeki, menjalin
silaturrahim, menuntut ilmu dan sebagainya.
Kehidupan diakhirat pula ialah dengan menunaikan
kewajipannya- beribadat kepada Allah S.W.T untuk
mendapat seberapa banyak pahala yang akan dijadikan
bekalan diakhirat nanti.
Firman
allah S.W.T,
|
Maksudnya:
Bukanlah kami telah melanjutkan usia
kamu dengan memberikan masa yang cukup
berfikir dan beringat? Dan kamu pula
telah didatangi oleh rasul yang memberi
amaran.
|
Tuan-tuan
sidang hadirin sekalian,
Kita
hendaklah bersyukur di atas nikmat masa yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita dengan
menggunakan masa sebaik-baiknya, yang ada kaitan
dengan iman dan amal soleh, tetap istiqamah
mengerjakan kebajikan dan ketatan, pada jalan
Allah. Marilah sama-sama menasihati anak-anak
kita untuk memelihara masa mudanya agar tidak
terjebak di dalam perangkap yang tidak diredhai
Allah kerana mereka adalah warisan kita dibarisan
hadapan.
Sabda
Rasulullah S.A.W