Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.:
Dalam kehidupan masyarakat majmuk di mana terdapat pelbagai
golongan lapisan masyarakat antaranya golongan yang
kaya dan miskin, yang berkuasa dan yang lemah, yang
mempunyai kepintaran dan yang sederhana dan sebagainya,
kita perlu menerima hakikat bahawa sesetengah daripada
kita berlumba-lumba agar tidak ketinggalan daripada
orang lain.
Tidak ada manusia yang rela dirinya dipandang rendah
dan hina oleh orang lain. Setiap daripada kita mahu
dipuji, disanjung dan dipuja kerana ia telah menjadi
sifat semulajadi manusia. Malah kita seolah-olah tidak
boleh lari daripada mencari kepentingan diri, moral
dan maruah dalam mengejar citi-cita dan perjuangan hidup.
Dalam Islam. Kepentingan diri, moral dan maruah semata-mata
tidak boleh dijadikan asas atau titik tolak dalam perjuangan
hidup ini. Sebaliknya, matlamat hidup seseorang muslim
yang sebenar ialah ia hendaklah meletakkan dirinya untuk
memperhambakan siri kepada Allah serta mencari keredhaanNya,
sesuai dengan ikrar yang kita lahirkan pada setiap kami
mula mengerjakan sembahyang.
|
Maksudnya
: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku
dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekelian
alam
|
Dalam
erti kata yang lain, kita tidak dilahirkan semata-mata
untuk membolot harta kekayaan di dunia ini. Kita tidak
dilahirkan semata-mata mengejar pangkat dan kemasyuran.
Kita tidak dilahirkan untuk berhibur dan bersenang-lenang
dan kita tidak dilahirkan untuk mengikut runtunan hawa
nafsu dan mencari kepuasan hidup. Tetapi kita dilahirkan
adalah untuk beribadah dan berbakti semata-mata Allah,
sepertimana firmanNya :
|
Maksudnya
: Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan
untuk beribadah kepadaku.
|
Sidang
Jumaat yang dimuliakan,
Apabila matlamat hidup yang hakiki itu dipalingkan kepada
sesuatu yang palsu, maka manusia pasti berusaha untuk
mencapaikan walau dengan apa cara sekalipun. Walaupun
usahanya itu kadang-kadang jelas bertentangan dengan
prinsip kemanusiaan dan syariat Islam. Apabila terjadi
keadaan sebegini, tidak hairanlah sekiranya terdapat
manusia yang menambah kemasyhuran dirinya di atas kehancuran
orang lain. Ada yang mengecap bahagia atas derita orang
lain, ada juga yang sanggup mengambil kesempatan di
atas hasil usaha orang lain. Lebih malang daripada itu,
ada yang sanggup mencaci, menghina dan membuat fitnah
semata-mata untuk mencapai matlamat hidup masaing-masing.
Renungkanlah
firman Allah S.W.T :
|
Maksudnya
: Kecelakaan besarlah bagi setiap pencaci dan
pengkeji.
|
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Selain daripada mencaci, memfitnah dan mengadu domba
juga adalah satu perbuatan yang keji serta di kutuk
oleh syarak. Sejarah telah membuktikan bahawa di antara
faktor utama perpecahan umat Islam sehingga membawa
kepada kehancuran umat selepas pemerintahan Kerajaan
Uthmaniah adalah disebabkan terdapatnya unsur fitnah
menfitnah serta mengadu domba sesama umat Islam ketika
itu. Dan sekiranya kita perhatikan kepada masyarakat
kita pada hari ini, punca yang sama juga telah menjadikan
umat Islam berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri.
Firman
Allah S.W.T :
|
Maksudnya
: Sesungguhnya fitnah itu lebih dasyat daripada
membunuh.
|
Sidang
Jumaat yang dimuliakan,
Seringkali kita lihat orang yang suka membuat fitnah
ini selalunya sentiasa mengambil kesempatan di atas
keretakan dan pergeseran hubungan yang sedikit di antara
dua orang atau kelompok masyarakat, berpunca dari kesilapan
yang mungkin tidak disengajakan, lalu ia tampil di tengah-tengah
keretakan itu dengan menghasut dan memfitnah hingga
menjadikan keadaan bertambah buruk. Para ulama' Tasauf
berpendapat, sifat suka memfitnah itu biasanya tumbuh
dalam jiwa yang berpenyakit, lemah fizikalnya serta
rendah diri sedangkan pada masa yang sama, ia mahu dirinya
dikenali, dimulia, dipuja dan dipuji dalam masyarakat.
Disamping itu, ia juga merasa cemburu melihat kelebihan
orang lain. Untuk menghilangkan kelemahan yang dirasakan
wujud pada dirinya itu, maka terpaksalah ia merendah-rendahkan
orang lain seolah-olah dengan cara yang sedemikian satu-satunya
jalan bagi menunjukkan kebolehan dan kelebihan kepada
orang lain.
Sidang
Jumaat yang dihormati,
Sebagai seorang mukmin, kita sepatutnya menggunakan
nikmat lisan yang dikurniakan oleh Allah untuk menyeru
manusia berbuat baik dalam usaha untuk membentuk masyarakat
madani di samping berusaha untuk mendamaikan saudara-saudara
kita yang bersengketa, sesuai dengan sabda Rasulullah
S.A.W :
|
Maksudnya
: Seorang muslim yang sempurna Islamnya ialah
mereka yang menyelamatkan orang Islam dari lidahnya
dan tangannya.
|
Perlu
diingat, dalam pergolakan hidup bermayarakat hari ini,
kita didorong oleh nafsu untuk mencapai matlamat hidup
serba rapuh. Fitnah memfitnah telah dijadikan permainan
biasa oleh sebahagian besar umat Islam. Dalam usaha
untuk memilih atau melindungi ketua kepada sesebuah
kumpulan masyarat, fitnah itu seolah-olah telah dijadikan
satu senjata bagi mencapai maksud masing-masing. Tanpa
disedari, bala fitnah itu hari ini benar-benar telah
mengheret umat Islam ke kancah perpecahan yang maha
dasyat.
Kesan daripada perbuatan keji itu, hati umat Islam yang
suatu ketika dulu kukuh ikatan persaudaraannya dan Allah
S.W.T yang telah menyatukan hati kita semua dengan kalimah
Jiwa
umat Islam yang telah diikat dengan kalimah syahadah
yang mulia ini, kini tidak lagi wujud perasaan kasih
sayang kepada saudara seagamanya dan tidak lagi bertegur
sapa sesama sendiri.
Lebih
daripada itu, didorong oleh rasa fanatik yang berlebihan
kepada sesuatu fahaman dan perjuangan, sebahagian daripada
kita sanggup pulau memulau sesama sendiri hanya semata-mata
disebabkan saudaranya itu berlainan fahaman dalam titik
perjuangan hidup masing-masing.