Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam konteks perniagaan, bangsa Yahudi , Cina seringkali
digambarkan sebagai bangsa yang berkebolehan di dalam
perniagaan. Sedangkan Rasulullah S.A.W. menggalakkan
umatnya supaya menceburkan diri di dalam perniagaan
sejak 1400 tahun yang lalu lagi.
Seperti
sabda Rasulullah S.A.W. :
|
Maksudnya
: " Sembilan persepuluh sumber rezeki boleh
diperolehi melalui perniagaan".
(Riwayat Termizi)
|
Penguasaan
umat Islam terhadap perniagaan hari ini amat lemah berbanding
dengan bukan Islam. Kenapa fenomena ini berlaku? Apakah
kekurangan modal yang menjadi halangan atau kekurangan
minat?. Inilah persoalan yang perlu dijawab untuk mengungkap
budaya perniagaan dikalangan Umat Islam.
Al-Quran
dan As-Sunnah merupakan sumber utama yang dapat dijadikan
panduan meskipun nas yang terdapat di dalamnya hanya
menjelaskan prinsip-prinsip asas sahaja. Perniagaan
merupakan salah satu aktiviti yang mendatangkan keuntungan,
bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat, selama
mana ia tidak menyalahi kehendak syara'.
FirmanNya dalam surah As-Shaf ayat 10 :
|
Maksudnya
: " Wahai orang-orang yang beriman. Hendakkah
kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkan kamu dari azab yang pedih".
|
Konsep
perniagaan dalam Islam mempunyai perbezaan yang ketara
berbanding dengan apa yang dipraktikkan di dalam sistem
perniagaan konvensional yang melihat kepada keuntungan
semata-mata. Tetapi Islam menekankan bahawa perniagaan
merupakan salah satu agenda kehidupan manusia yang penting.
Selain dari mendapat keuntungan, keberkatan merupakan
salah satu elemen asas yang patut ditekankan. Perniagaan
yang berkat ialah perniagaan yang menepati kehendak
syara'. Sifat-sifat murni dalam perniagaan antaranya
benar, jujur, ikhlas hendaklah diamalkan. Ahli perniagaan
yang bersifat jujur, ikhlas hendaklah diamalkan. Ahli
perniagaan yang bersifat jujur akan sentiasa berada
dibawah rahmat Allah S.W.T.
Sabda
Rasulullah S.A.W.
|
Maksudnya
: " Ahli perniagaan yang menghayati sifat
siddiq tidak terhalang daripada pintu-pintu
syurga".
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
|
Begitu
juga seorang ahli perniagaan yang jujur setanding dengan
para anbia', ulamak dan syuhadak.
Sebagaimana
sabda baginda lagi :
|
Maksudnya
: " Ahli perniagaan yang jujur dan amanah
(akan ditempatkan) berserta dengan para Nabi,
Siddiq dan Syuhada'.
(Riwayat Termizi)
|
Manusia
yang bijak merupakan manusia yang belajar daripada peristiwa
silam. Sewaktu Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda
berhijrah dari Mekah dan Madinah, kaum Muhajirin tidak
mempunyai apa-apa. Namun mereka mempunyai semangat untuk
meletakkan diri mereka setanding ataupun lebih baik
berbanding dengan apa yang dimiliki oleh kaum Yahudi.
Berkat kesungguhan dan usaha berterusan dengan berbekalkan
ketakwaan kepada Allah S.W.T., Umat Islam bukan sahaja
dapat mengembangkan ekonomi Umat Islam di Madinah bahkan
mereka dapat memecahkan benteng monopoli ekonomi yang
dikuasai oleh orang-orang Yahudi.
Demikian semangat berniaga yang ditunjukkan oleh Rasulullah
S.A.W. tetapi apa yang disarankan oleh Rasululah kini
telah diabaikan. Umat Islam telah tersisih daripada
menguasai perdagangan dan sistem ekonomi, sedangkan
kebanyakan negara Islam mempunyai kekayaan sumber alam
dan juga bahan galian seperti minyak, bijih timah dan
hasil pertanian.
Ini menimbulkan persoalan dimanakah tahap para peniaga
Islam kita sekarang? Mengapa kita tidak mencontohi kaum
muhajirin yang serba kekurangan tetapi menguasai perniagaan?
Mari kita sama-sama renungkan, siapakah yang menguasai
perniagaan / ekonomi di negara kita sekarang ini? Siapakah
yang menguasai sebahagian besar saham-saham syarikat?
Sebenarnya kita telah ketinggalan jauh. Kita hanya mampu
menjadi pengguna sahaja hatta kain kafan dan peralatan
urusan kematian kita pun perlu diperolehi daripada para
peniaga bukan Islam.
Biarpun menghadapi saingan yang sengit daripada bukan
Islam, ia bukannya penghalang tetapi menjadi cabaran
kepada orang Islam untuk merebut peluang-peluang yang
selama ini telah direbut oleh orang lain. Sebagai Umat
pilihan , sepatutnya kita mengulangi kembali kejayaan
yang pernah kita kuasai suatu ketika dahulu. Rasulullah
sendiri adalah seorang ahli perniagaan. Ramai sahabat
baginda menguasai bidang ekonomi yang berjaya seperti
Abdul Rahman bin Auf, Othman bin Affan dan lain-lain.