Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah
yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi
syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh
diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat
kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang
pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang
itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat
apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara
yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan
tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan
agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah
dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam
dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih
lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman
Allah S.W.T. :
|
.
|
|
Maksudnya
: Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran
dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah
menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya
dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.
|
(Al-Baqarah
ayat 268)
Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan
adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan
terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam
kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa
kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Sidang
Jumaat yang dirahmati,
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti
kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu
boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan
lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang
keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.
Sabda
Rasulullah S.A.W :
|
.
|
|
Maksudnya
: Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan
burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah
engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti
engkau lari dari singa.
|
(Riwayat
Bukhari)
Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada
manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping
sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di
kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan
amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk
menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai
untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan,
kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti
biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam
rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut
semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk
menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat
yang mesti dihapuskan.
Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai
khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana
dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan
kepercayaan turun menurun.
Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya
kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut
telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar
Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang
itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal
kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi
cabaran dan dugaan hidup.
Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat
dalam masyarakat Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan
agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak mempunyai
pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih
mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut
yang diterima turun-menurun dari nenek moyang. Oleh
itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada
Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran
dan As-Sunnah.
Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan
kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial
atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah
Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala
orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T.
adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan
Islam yang sama dengan bulan-bulan yang lain, tiada
bala' atau sial dalam bulan Safar.