Tiada
kata dan madah yang dapat menggambarkan rasa
terhutang budi jabatan Mufti Negeri Selangor
kepada individu , kumpulan mahupun institusi
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan usaha murni membuku dan menerbitkan
Warta Fatwa Negeri Selangor. Terima kasih, budi
tuan jadi kenangan, semoga Allah jua yang membalasnya.
Jabatan Mufti Negeri Selangor turut merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
khasnya kepada semua Setiausaha jawatankuasa
Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor
yang pernah terlibat secara langsung hingga
Fatwa tersebut dapat diwartakan. Mereka ialah
Tuan Haji Alwi Bin Parman, Tuan Haji Mohd. Khairuddin
Bin Abd. Samad, Tuan Haji Mohd. Amin bin Abd
Rashid, Tuan Haji Turmidi bin Surif dan Ustaz
Abd Malek bin Haji Ghazali.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada
semua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor
yang telah bertungkus lumus membuat penyelidikan,
pengumpulan dan penganaliaan data, pengeditan,
pembacaan pruf, penyediaan rekabentuk, pemasukan
data dan pra cetak sehingga buku Warta Fatwa
Kerajaan Negeri Selangor ini dapat diterbitkan.
Akhir kata Jabatan Mufti Negeri Selangor merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang turut memberikan sumbangan
bagi menjayakan usaha murni ini.
Sekian, terima kasih.