Alhamdulillah
saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya
dapatlah Jabatan Mufti Negeri Selangor mengumpul
dan seterusnya membukukan Warta Fatwa Negeri Selangor.
Mudah-mudahan
dengan terbitnya buku fatwa ini akan dapat memberikan
manfaat kepada masyarakat umum dan menyelesaikan
beberapa masalah-masalah agama yang memerlukan
kepurusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak
(FATWA) Negeri Selangor Darul Ehsan.
Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada Yang Berbahagia
Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (Bekas Mufti)
dan semua Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak
yang telah menyumbangkan ilmu dan kepakaran
bagi menyelesaikan masalah dan kemusykilan agama
yang memerlukan keputusan fatwa.
Akhir
kata saya berharap dan berdoa kepada Allah S.W.T.
semoga usaha yang baik seperti ini akan berterusan
dari masa ke semasa bagi faedah masyarakat umum.
Sekian
terima kasih.