|
|
|
|
|
Tangisan
Yang Dibenarkan Dalam Islam.
|
Pendahuluan
Manusia
mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan
hiba dan sebagainya. Perasaan sedih adakalanya
timbul akibat dari gangguan emosi. Justeru
itu apabila keadaan ini berlaku, manusia
dengan mudah menitiskan air mata. Ada
yang beranggapan apabila seseorang itu
menangis, ia merupakan suatu tindakan
yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam.
Anggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana
Islam sendiri telah menggariskan tangisan
yang dilarang dan dibenarkan.
Tangisan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan
yang berbentuk negatif dan tangisan yang
berbentuk positif. Tangisan yang dilarang
dalam Islam ialah tangisan yang berbentuk
negatif seperti meraung dan melolong dengan
sekuat hati apabila menerima atau meratapi
kematian. Tangisan seumpama ini bukan
sahaja di pandang negatif kepada orang
yang melakukannya tetapi juga mayat yang
di ratapinya itu juga turut tersiksa.
Berbeza
dengan tangisan positif iaitu tangisan
yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana
cinta dan takut kepada Allah S.W.T.
Seorang
ulama pernah berkata "untuk
menangis kerana takut kepada Allah sehingga
air mataku menitis, adalah lebih aku suka
daripada aku bersedekah emas seberat badanku.
Kerana tidak seorang pun yang menangis
kerana takut kepada Allah kerana sehingga
setitis air matanya mengalir jatuh ke
atas bumi, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."
Antara
tangisan atau titisan air mata yang
dikatakan positif, mulia dan harus dalam
Islam adalah seperti berikut.
|
Tangisan
Kesyukuran
Orang-orang
yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa
bersyukur dengan apa yang dikurniakan
oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak
pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan
apa yang mereka terima. Oleh sebab itu
kita dapati orang-orang sebegini adakalanya
sampai menitiskan air mata apabila menerima
rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. Sebagai
contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa
Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin
Kaab yang mafhumnya " Allah
menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah
ayat 1:
|
Maksudnya:
Orang-orang kafir yakni ahli kitab
dan orang-orang musyrik (mengatakan
bahawa mereka) tidak akan meninggalkan
(agamanya) sebelum datang kepada
mereka bukti yang nyata"
|
Ubay
bertanya ; " Apakah Allah menyebut
namaku?" Jawab nabi "ya"
lalu menangislah Ubay(kerana mendengar
berita gembira itu) Ayat ini memperkatakan
pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap
seruan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul
yang telah menerangkaan kepada mereka
agama yang telah dibawa olehnya iaitu
Agama Islam. Mereka kenal Nabi yang
bakal diutus sebagai Nabi akhir zaman,
tetapi setelah Nabi Muhammad dibangkitkan
mereka tidak percaya malah tidak mahu
beriman.
|
Tangisan
Penyelesaian
|
Tangisan
penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang
yang telah melakukan dosa, menyedari dan
menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh.
Maka penyesalan itu timbul rasa sedih
yang mendalam, yang akhirnya menitiskan
air mata. Tangisan yang sedemikian timbul
akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa
takut kepada Allah SWT
|
"
Maka hendaklah mereka sedikit tertawa
dan banyak menangis. Sebagai pembalasan
dari apa yang telah mereka kerjakan"
|
|
Tangisan
Akibat Rasa Keimanan Yang Menebal
|
Iman
yang bersemi dalam hati akan terus subur
dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh
dan padu itu apabila disirami pula dengan
ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah
mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang
itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini
merupakan tangisan yang tinggi nilainya
kerana merupakan campuran antara rasa
keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah
dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya
Surah Maryam ayat 58:
|
maksudnya
"Dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah,
mereka tunduk bersujud dan menangis"
|
|
Tangisan
Kerana Kesyukuran
Tangisan
itu boleh terjadi apabila seseorang itu
khusuk dalam beribadat. Air mata yang
menitis itu bukan kerana perasaan sedih,
tetapi kerana menyedari betapa diri yang
begitu kerdil ketika berhadapan dengan
penciptaNya.
Dikatakan
orang yang mencapai tahap kekhusukan itu
termasuklah salah satu dari tujuh golongan
yang memperolehi keistimewaan pada hari
qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim:
|
Maksudnya
" Tujuh golongan yang akan
dinaungi oleh Allah SWT pada hari
dimana tidak ada naungan kecuali
naungaNya: Imam yang adil, pemuda
yang dibesarkan dalam beribadat
kepada Allah, orang yang hatinya
selalu rindu pada masjid, dua orang
yang berkasih sayang semata-mata
kerana Allah iaitu berkumpul kerana
Allah dan berpisah kerana Allah.
Seorang lelaki yang diajak berzina
oleh wanita bangsawan dan rupawan
lalu ditolaknya dengan ucapan "aku
takut kepada Allah", seorang
yang bersedekah yang dirahsiakan
sehingga tangan kirinya tidak tahu
apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
dan akhir sekali seorang yang berzikir
kepada Allah dalam keadaan menyendiri
lalu menitiskan air matanya".
|
|
Tangisan
Kerana Bimbang Terputusnya Rahmat Allah SWT
Suatu
hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri
oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya
rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT.
Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh
merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga
menjadi sedih dan terharu.
Sebagai
contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah
SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar
r.a kerumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah
SAW semasa hayatnya sering menziarahinya.
Ketika sampai dirumah Ummu Aiman, tiba-tiba
Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya,
" Apakah yang menyebabkan kamu menangis"?
Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia
disisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih
baik. "Ummu Aiman menjawab, "
Aku tidak menangis kerana itu melainkan
kerana wahyu dari langit telah terputus
(terhenti) " kata-kata Ummu Aiman
itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan
Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.
|
Tangisan
Apabila Menemukan Kebenaran
|
Adakalanya
air mata seseorang itu akan menitis apabila
ia menemukan kebenaran setelah sekian
lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini
tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya
bukan kerana rasa sedih tetapi kerana
terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai
contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan
pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang
diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan
kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya
dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.
|
Maksudnya:
"Dan apabila mereka itu(segolongan
pendeta) mendengar apa-apa yang
diturunkan kepada Rasul, engkau
akan lihat mereka menitiskan air
matanya, lantaran mengetahui kebenaran(seraya)
mereka berkata "Hai Tuhan Kami!
Kami telah beriman. Oleh kerana
itu catatlah kami dalam golongan
orang-orang yang menyaksikan. Dan
tidak patut kami tidak beriman kepada
Allah dan kepada kebenaran yang
datang kepada kami, pada hal ini
kami ingin supaya Tuhan kami memasukkan
kami bersama kaum-kaum yang soleh."
|
|
Kesimpulan
Berdasarkan
huraian diatas jelaslah tangisan yang
positif mempunyai keutamaan disisi Islam
sehinggakan tangisan seumpama itu boleh
mendatangkan manfaat. Ini kerana orang
yang menitiskan air mata kerana Allah,
sebenarnya merupakan orang yang cukup
tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti
yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
dan Termidzi bermaksud "Kami datang
kepada Rasulullah SAW sedang baginda menunaikan
solat. Maka terdengar nafas tangisnya
bagaikan suara air mendidih dalam bejana"
Sebagai
kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata
seorang ulama tentang kemuliaan tangisan
yang positif. Katanya: "Sucikanlah
empat perkara pada setiap masa: pertama
cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua
cucilah lidahmu dengan berzikir kepad
Allah, ketiga cucilah hatimu dengan
rasa takut kepada Tuhanmu dan akhir
sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat
kepada Allah"
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|