Sujud
syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud
terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang
ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.
Perkataan
syukur merupakan kata terbitan daripada perkataan
( ) yang bernaksud penga-kuan ke atas kebaikan
yang diberikan kepada seseorang. Terjemahan
dalam Bahasa Melayu ialah ucapan terina kasih.
|
Sebagaimana
firman Allah SWT:
|
Ertinya
:
|
"
.Dan
sesiapa yang bersyukur, maka
sesungguhnya faedahnya itu
hanya terpulang kepada dirinya
sendiri, (tetapi) sesiapa
yang kufur ( tidak bersyukur)(maka
tidaklah menjadi hal kepada
Allah) kerana sesungguhnya
Allah itu Maha Kaya lagi Maha
Terpuji.
(Surah Luqman : 12)
|
|
|
Ayat
ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang hamba
yang mendapat nikmat atau terhindar daripada
suatu kecelakaan atau dengan erti kata lain
ianya boleh dianggap sebagai kesan nikmat. Kesan
nikmat akan nampak dan terlaksana dalam kehidupan
seorang insan menerusi lisan (perkataan), hati
(perasaan) dan perbuatan. Ertinya ketika seorang
hamba itu menerima nikmat daripada Allah SWT,
atau mendapat berita yang menggembirakan, maka
lisannya akan berikrardan sedar bahawa nikmat
yang ia dapat itu dating daripada Allah SWT.
Maka, hendaklah ia bersyukur sambil mengucap
Alhamdulillah memuji-muji Allah SWT. Manakala
hatinya akan menjadi lapang, tenteram, damai
serta sejahtera, mengakui dengan kebaikan-kebaikan
yang telah diterima tersebut. Dengan demikian,
kesan nikmat itu akan mengubah tingkah lakunya
untuk sentiasa melaksanakan perkara-perkara
yang diredhai Allah SWT.
|
Sebagaimana
hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dan Tirmizi:
|
Ertinya
:
"Dari
Abu Bakrah r.a.Bahawasanya
Nabi s.a.w. apabila telah
datang kepadanya suatu urusan
yang menyenangkan atau beliau
gembira kerana sesuatu,
beliau sujud ke tanah sebagai
berterima kasih kepada Allah
SWT."
(
Diriwayatkan oleh Abu Daud
dan Tirmizi)
|
|
|
Abdurrahman
bin 'Auf menceritakan bahawa suatu ketika beliau
melihat Nabi SAW mengadap kiblat iaitu bersujud
dengan sujud yang panjang sehingga kata Abdurrahman
bin 'Auf : "Aku menyangka bahawa Allah
telah mencabut nyawa baginda ketika itu. Lalu
aku mendekati baginda dan duduk disisi baginda.
Maka baginda mengangkat kepalanya dan berkata:
Siapa ini? Abdurrahman, jawabku.. Baginda bertanya
lagi: Apa kamu buat di sini? Aku menjawab: Wahai
utusan Allah tuan telah bersujud dengan suatu
sujud yang mengkhawatirkan aku kalau-kalau Allah
telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud tersebut,
maka baginda berkata: Sesungguhnya Jibril 'alaihissalam
tadi dating kepadaku dan menggembirakan aku,
katanya:
|
Sebagaimana
hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu
Daud dan Tirmizi:
|
Ertinya
:
Ertinya
:
"Diriwayatkan oleh
Ahmad dari hadis Abdurrahman
Ibn "Auf (ra) bahawasanya
Jibril berkata kepada Nabi
SAW : Allah Taala berfirman
: Sesiapa yang bersalawat
ke atas kamu, aku (Allah
Taala) akan berselawat ke
atasnya dan sesiapa memberikan
salam kepada kamu, Aku (
Allah Taala) akan memberikan
salam kepadanya."
|
|
|
Selain
daripada itu banyak riwayat yang menceritakan
bahawa ramai diantara para sahabat yang melakukan
sujud syukur seperti:
Abu
Bakar al-Siddiq. Beliau bersujud syukur ketika
mendengar khabar terbunuhnya Musailamah al-Kazzab
dalam pertempuran menumpas kaum murtad di Bandar
al-Yamamah.
Ali
binAbi Talib bersujud syukur ketika mendapati
bahawa Za'al al-Tsadyah diantara orang-orang
yang terbunuh dikumpulan al-Khawarij.
Imam
Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik
telah bersujud ketika sampai kepadanya berita
bahawa Allah telah menerima taubatnya.
Disini
dapatlah dikatakan bahawa sikap syukur itu lebih
merupakan suatu tindakbalas seorang hamba ketika
ciberikan suatu nikmat oleh Allah SWT atau mendapat
berita yang menggembirakan atau terhindar dari
bahaya kepada suatu amalan yang sifatnya ketaatan
kepada Allah.
2)
SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR
Secara
umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang
hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari
suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu
yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.
Dalam
hal ini hokum sujud syukur menurut mazhab Syafii
dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang
diperolehi atau bencana yang dialami itu khas
bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam,
seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya
wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi
terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali
bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat
yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan
bukan untuk nikmat yang khas.
3) SYARAT-SYARAT SUJUD
SYUKUR
Menurut
mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana
hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci
daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap
kiblat dan menutup aurat.
4)
KAIFIAT SUJUD SYUKUR
Cara
pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1)
Mengadap kiblat
2)
Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca
doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
3)
Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada
sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)
5)
HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT
Menurut
mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur
tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana
ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar
solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap
batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.
6)
HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG
MENGERJAKAN SOLAT
Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada
waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat
sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas
solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku
sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat
sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan
sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.
7)
RUKUN SUJUD SYUKUR
1)
Berniat untuk sujud syukur
2)
Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3)
Satu kali sujud
4)
Memberi salam sesudah sujud
8) PENUTUP
Mudah-mudahan
akan dapat sama-sama laksanakan sujud syukur
ini dalam kehidupan kita seharian sebagai salah
satu lambing ketaatan dan kesyukuran kita kepada
Allah SWT, pemberi rezeki.