|
|
|
|
|
Peranan
Seorang Muslim Dalam Dakwah
|
Pendahuluan.
Setiap
muslim yang "commited" dengan
ajaran Islam adalah bertanggungjawab
untuk melaksanakan suatu tugas yang
suci dan paling mulia iaitu berdakwah.
Tugas ini adalah warisan para nabi kepada
umatnya untuk dilaksanakan dengan segala
kemampuan yang ada. Segala bentuk tugas
dan kegiatan yang lain diluar rangka
dakwah dan amal soleh-biar betapa hebat
dan gagah nampak pada zahirnya- pada
hakikatnya ia tidak mempunyai apa-apa
nilai. Kemuliaan tugas ini ditegaskan
oleh Allah dalam firman-nya dalam surah
Al - Fussilat: 33
|
"
Siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada
Allah dan mengerjakan amal soleh
dan berkata aku adalah daripada
orang-orang yang menyerah diri(muslimin)".
|
Keagungan
dan kegemilangan umat Islam pada zaman
silam sehingga muncul sebagai khaira
ummat adalah berpunca daripada kejayaan
mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab
dakwah itu dengan berkesan. Mereka berusaha
dengan penuh kegigihan mengajak manusia
ke jalan Allah, menyuruh mereka melakukan
kebaikan dan mencegah segala bentuk
kemungkaran. Lantaran itulah Allah menyifatkan
mereka sebagaimana firman-Nya dalam
surah Ali-Imran :110
|
"Kamu
adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak
kepada kebajikan dan kamu mencegah
daripada kemungkaran serta kamu
beriman kepada Allah....."
|
Dalam
membicarakan peranan seorang muslim
dalam dakwah, terdapat 5 komponen penting
yang berkaitan di antara satu sama lain.
|
1.
Maksud dakwah itu sendiri dan
kepentingannya.
|
| 2.
Pendakwah orang yang melaksanakan
tugas dakwah ini. |
| 3.
Materi atau isi dakwah itu sendiri.
|
| 4.
Kaedah dan teknik dakwah. |
| 5.
Sasaran dakwah itu sendiri. |
Setiap
muslim yang terlibat dalam bidang dakwah
ini mestilah memahami kelima-lima komponen
ini untuk memudahkan mereka melaksanakan
tugas ini dengan berkesan dan mencapai
matlamatnya. Berdakwah dengan membuta
tuli tanpa memahami isi dakwahnya tidak
mendapat apa-apa kesan yang positif.
|
Maksud
Dakwah dan Kepentingannya.
|
"
Barang siapa daripada kamu yang melihat
kemungkaran maka hendaklah dia mengubah
dengan tangannya (kekuasaan), apabila
ia tidak berkuasa (dengan tangan) maka
dengan lidahnya (teguran atau nasihat),
apabila tidak kuasa (dengan lidahnya)
maka dengan hatinya dan yang demikian
adalah selemah-lemah iman." (Riwayat
Muslim).
|
Dari
segi bahasa:
|
Dakwah
ertinya menyeru, mengajak, memanggil,
menyampai, dan mendorong(5 M).
Perkataan- perkataan yang seiring
dengan dakwah seperti Al- Wazu,
Al- Irsyad, At- Tabligh dan lain-lain
lagi.
|
Dari
segi istilah:
|
Dakwah
ialah mengajak atau menyeru manusia
ke jalan Allah dengan menyuruh
mereka melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran supaya mereka
mendapat kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat.
|
Berdasarkan
pengertian di atas, dakwah mengajak
manusia supaya menghayati Islam sebagai
satu cara hidup yang lengkap dan syumul.
Islam dipraktikkan dalam segenap aspek
kehidupan mereka tanpa wujud pemisahan
dan pengasingan sebagaimana firman Allah
dalam surah Al- Baqarah ayat 208:
Dalam
konteks kehidupan hari ini dakwah mesti
dilaksanakan oleh setiap muslim bagi
memakmur, mengislah dan mengangkat nilai
dan martabat manusia. Beberapa alasan
berikut yang menunjukkan betapa pentingnya
gerakan dakwah iaitu:
|
1
|
Pengaruh
sekularisma yang telah lama bertapak
dalam kehidupan orang-orang Islam
sehingga mempengaruhi pemikiran,
perasaan, pandangan dan cara hidup
mereka. Mereka melihat Islam dalam
bentuk yang terpisah dalam aspek
kehidupan ini. Dakwah mesti dijalankan
bagi menyelamatkan umat. Sehubungan
dengan itu Allah berfirman dalam
surah Al-Baqarah ayat 85:
"Apakah
patut kamu hanya percaya kepada
sebahagian daripada isi kitab
dan mengingkari akan sebahagian
yang lain. Maka tiadalah balasan
bagi orang yang berbuat demikian
itu daripada kamu selain daripada
kehinaan ketika hidup di dunia
dan pada hari kiamat akan ditolak
mereka ke dalam azab siksa yang
amat berat".
|
| 2 |
Gejala
keruntuhan sosial yang membawa
kepada penghakisan akidah yang
berlaku pada masa kini seperti
pergaulan bebas lelaki wanita,
kelahiran anak luar nikah dan
pembuangan anak yang meningkat,
budaya lepak, pelacur remaja,
penyalahgunaan dadah, Aids dan
sebagainya.
Fenomena
yang wujud menuntut kepada method,
kaedah dan uslub dakwah yang sesuai
untuk menanganinya. Sabda Rasulullah
S.A.W.
|
"
Barang siapa daripada kamu
yang melihat kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah dengan
tangannya (kekuasaan), apabila
ia tidak berkuasa (dengan
tangan) maka dengan lidahnya
(teguran atau nasihat), apabila
tidak kuasa (dengan lidahnya)
maka dengan hatinya dan yang
demikian adalah selemah-lemah
iman." (Riwayat Muslim).
|
|
| 3 |
Gerakan
musuh Islam yang membuat pelbagai
rancangan dan strategi serta bergerak
secara berjemaah bagi menghancurkan
Islam dan meleburkan umatnya.
Di antara perancangan mereka sebagaimana
yang dijelaskan oleh tokoh Islam
"Jala Al-Alam" iaitu:
|
3.1
|
Hancurkan
akidah muslim. |
| 3.2 |
Hapuskan
Al Quran daripada mereka |
| 3.3 |
Hapuskan
sistem khalifah Islam. |
| 3.4 |
Hapuskan
tokoh-tokoh Islam. |
| 3.5 |
Rosakkan
akhlak muslim dan fikiran
mereka. |
| 3.6 |
Rosakkan wanita dan kembangkan
pergaulan bebas. |
| 3.7 |
Tanamkan
keraguan terhadap agama. |
| 3.8 |
Lenyapkan
persatuan muslimin. |
Perancangan
mereka ini telah dijelaskan oleh
Allah melalui firman-Nya dalam
surah at-Taubah ayat 32:
|
"
Mereka mahu memadamkan cahaya
Allah (agama Islam) dengan
mulut mereka sedangkan Allah
tidak menghendaki melainkan
Allah menyempurnakan cahaya-Nya,
sekalipun orang-orang kafir
tidak suka (akan yang demikian)".
|
|
| 4 |
Memenuhi
tuntutan al-Quran supaya dilahirkan
daripada kalangan manusia satu
jamaah atau organisasi yang bertanggungjawab
mengajak manusia ke arah maruf
dan mencegah kemungkaran.
Sebagaimana
firman Allah dalam surah Ali-Imran
ayat 104:
|
"
Dan hendaklah ada dari kalangan
kamu satu ummah yang menyeru
kepada kebaikan, menyuruh
dengan perkara maruf
dan mencegah kemungkaran.
Dan merekalah orang-orang
yang berjaya"
|
Sehubungan
dengan itu Nabi sendiri telah
berpesan kepada umatnya dengan
satu amanah yang mesti dilaksanakan
dengan sabdanya:
|
"Sampaikanlah
sesuatu daripada aku walaupun
satu ayat sekalipun"
|
Di
sini jelas terbukti bahawa jaminan
Allah bahawa kejayaan dan kecemerlangan
akan dicapai bagi individu atau
organisasi yang dapat melaksanakan
tanggungjawab dakwah ini dengan
sebaik mungkin ke arah kesejahteraan
ummat.
|
|
Pendakwah
atau orang yang melaksanakan tanggungjawab berdakwah.
|
Setiap
pendakwah perlu mempersiapkan diri mereka
terlebih dahulu dengan segala bekalan
dan senjata yang mencukupi, efisyen dan
berkesan. Semangat dan kemahuan yang berkobar-kobar
sahaja tidak mencukupi bagi menjamin keberkesanan
dakwah yang disampaikan.
Diantara
bekalan bagi setiap pendakwah iaitu:
|
1
|
Kemantapan
Aqidah Dan Ilmu
|
a.
Mempunyai akidah yang tahan
diuji.
|
|
b.
Memahami Islam sebagai Addin
yang mencakupi segenap ruang
lingkup kehidupan manusia.
|
|
c.
Menguasai Al-Quran melalui
konsep 5M iaitu Membaca, Menulis,
Menghafaz, Memahami dan Menghayatinya.
|
|
d.
Menguasai ilmu bahasa, psikologi,
kemasyarakatan, komunikasi,
pengurusan dan sebagainya.
|
|
| 2 |
Mempunyai
kualiti diri dengan akhlak yang
terpuji dan personaliti yang cemerlang.
Istiqamah
dalam ibadat dan sentiasa melakukan
tazkiyatul-nafs (pembersihan jiwa)
dengan zikrullah, qiyamullail,
muhasabah, muraqabah dan sebagainya.
Memiliki akhlak yang terpuji seperti
bersabar, tawaduk, lemah lembut,
berlapang dada, beramah mesra,
penyayang dan bertimbang rasa
dan sebagainya. Menghayati sifat-sifat
positif seperti mempunyai daya
juang, daya korban, daya tahan,
futuristik dan sebagainya.
|
| 3 |
Mempunyai
kebolehan dan kemahiran
| a.
Kemahiran berkomunikasi |
| b.
Kemahiran berfikir |
| c.
Kemahiran mendengar |
| d.
Kemahiran mengurus |
| e.
Lain-lain kebolehan dan kemahiran |
|
|
Materi
atau Isi Dakwah.
Dakwah
yang disampaikan mesti berlandaskan
kepada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai
sumber rujukan utamanya. Dakwah yang
tidak merujuk atau berlawanan dengan
dua sumber utama ini tidak akan mencapai
tujuannya. Lantaran itulah kita dapati
umat Islam pada awal sejarah yang merupakan
generasi dakwah yang berjaya telah menceduk
Al-Quran dan As-sunnah sepenuhnya. Sehingga
seluruh peribadinya di warnai dan diresapi,
dibentuk, dan dikuasai sepenuhnya oleh
ajaran Ilahi. Mereka benar-benar merealisasikan
sabda junjungan riwayat Abu Hurairah
iaitu:
|
"
Aku tinggalkan dalam kalangan kamu
dua perkara yang kamu tidak sekali-kali
akan sesat selagi kamu berpegang
teguh kepada kedua-duanya iaitu
kitab Allah(Al-Quran) dan sunnah
Rasulullah"
|
|
Kaedah
dan Teknik Dakwah.
Berdakwah
memerlukan kepada kaedah atau method
yang tertentu. Berdakwah secara membuta
tulli tanpa kaedah yang tertentu, bahan
ramuannya dan pantang larangnya adalah
amat bahaya seperti bahayanya pengubatan
manusia tanpa pemastian jenis penyakit
yang sebenar. Lantaran itu beberapa
kaedah dalam berdakwah sebagaimana firman
Allah dalam surah An-Nahl ayat 125:
|
"Serulah
kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat
mauizah (nasihat) yang baik dan
berbahasalah dengan mereka dengan
cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan
kamu dialah sahaja yang lebih
mengetahui tentang siapa yang
sesat daripada jalannya dan dialah
sahaja yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk."
|
Berdasarkan
ayat di atas terdapat tiga kaedah berdakwah
sebagaimana yang digariskan oleh Al-Quran
iaitu:
|
Berdakwah
Dengan Cara Ikhlas
|
|
Iaitu
menyampaikan dakwah dengan penuh
kebijaksanaan yang meliputi perkara-perkara
berikut:
|
| |
| a.
Menggunakan tutur kata yang
lemah lembut dan menarik. |
|
b.
Hujah-hujah yang konkrit yang
mudah difahami yang dapat
menyingkapkan kebenaran dan
menghilangkan keraguan.
|
|
c.
Menggunakan unsur-unsur psikologi
untuk menjinakkan manusia
dengan Islam.
|
|
d.
Dakwah yang disampaikan sesuai
dengan tingkat pemikiran seseorang.
|
| e.
Mengenali dan memahami sasaran
dakwahnya. |
|
| Dakwah
Bil Katabah |
| |
Dakwah
dilaksanakan melalui aktiviti yang
melibatkan penulisan seperti risalah,
majalah, artikel, cerpen, sajak,
poster, carta daan sebagainya. Penulisan
ini di terbitkan samada secara berkala,
mingguan, bulanan atau tahunan.
|
| Dakwah
Bil-Hal |
| |
Dakwah
yang dijalankan dengan menunjukkan
contoh teladan yang baik melalui
perbuatan, sikap, pandangan, tingkah
laku yang positif, kerja-kerja amal
yang dilakukan dan aktiviti-aktiviti
sosial. Ini bererti pendakwah itu
sendiri melaksanakan apa yang diucap
olehnya dan tidak sekadar tukang
cakap dan tukang tunjuk sahaja.
Firman Allah dalam Surah Al-Safaya
2:3
|
.
"Wahai orang-orang yang
beriman, mengapa kamu memperkatakan
apa yang kamu tidak melakukannya?
Amat besar kebenciannya di
sisi Allah, kamu memperkatakan
sesuatu kamu tidak melakukannya."
|
|
|
Sasaran
Dakwah
|
Setiap
pendakwah mesti mengenali dan memahami
sasaran dakwahnya untuk menyesuaikan method
dakwah yang digunakan bagi menjamin keberkesanan
dakwah tersebut. Di antara langkah-langkah
yang perlu diambil ialah:
|
1.
Membuat kajian mengenai kumpulan
sasaran tersebut bagi mengambil
maklumat yang selengkap-lengkapnya
dari segi jenis, sosial-budaya,
latarbelakang ekonomi, taraf hidup,
sikap dan pandangan hidup mereka.
|
| |
|
a.
|
Merangka
strategi dakwah yang sesuai
dengan kumpulan sasar tersebut.
|
| |
| b.
|
Membuat penilaian dari masa
ke semasa bagi mejamin keberkesanannya.
|
| |
|
|
Menurut
Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh
pejuang Islam yang terkenal telah
mengkategorikan 3 kumpulan sasaran
dakwah yang harus dihadapi dengan
cara yang berbeza.
|
| |
|
a.
|
Golongan
cendikiawan yang dapat berfikir
secara kritis, mempunyai rangsangan
yang cukup kuat dan mudah
memahami sesuatu persoalan.
Golongan ini hendaklah didakwahkan
dengan cara "Hikmat"
|
| |
| b.
|
Golongan awam iaitu orang
kebanyakan yang belum dapat
berfikir secara kritis dan
mendalam serta belum dapat
menangkap pengertian-pengertian
yang tinggi. Golongan ini
mestilah dihadapi dengan cara
"Mauizah Hasanah"
dengan memberi pengajaran-pengajaran
dan didikan yang mudah difahami
dan hayati
|
| |
| c. |
Golongan
pertengahan dimana tingkat
kecerdasannya adalah di antara
dua golongan di atas tadi
mestilah dihadapi dengan cara
"Mujadalah" iaitu
berbincang dan bertukar- tukar
fikiran untuk mencari kebenaran
|
| |
|
|
Kesimpulan
|
Setiap
muslim yang dimandatkan dengan tanggungjawab
ini mestilah memahami komponen-komponen
dakwah yang dibicarakan di atas tadi.
Bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas
suci ini. Mereka juga hendaklah memiliki
kualiti peribadi yang unggul di mana seluruh
gerak tindakan, suara pengucapan, lintasan
fikiran dan degupan jantungnya dibentuk
dan dikuasai sepenuhnya oleh ajaran Ilahi.
Dakwah yang didorong oleh watak-watak
yang belum disebatikan dengan siraman
nilai-nilai Islam hanya akan merupakan
"show" untuk tontonan sepintas
lalu sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|