Rasulullah
SAW adalah seorang manusia yang agung.
Baginda adalah model dan ikutan sebenar
yang telah memberi panduan kepada seluruh
umat manusia dengan lengkap dan sempurna
dalam seluruh aspek termasuklah dalam
bidang pengurusan dan organisasi.
Kelahiran baginda membawa rahmat ke
seluruh alam ,membawa ajaran yang suci
menepati jiwa fitrah setiap makhluk
,sesuai dan mendapat redho dari tuhan
semesta alam.Ajaran Islam yang suci
membasmi fahaman serta kelakuan jahiliah
,Ia menghancurkan kebatilan dan menegakkan
kebenaran, mengubah kehidupan nomad
yang berpindah-randah dengan berhijrah
dan tinggal tetap di sesuatu tempat
bagi mendirikan daulah Islamiah yang
mempunyai prinsip kenegaraan yang telus,
aman dan selesa.Sebuah negara yang didasari
dengan undang-undang dan hukum-hukum
Allah sebagaimana yang telah diwahyukan
kepada baginda SAW.
Sebagai pemimpin pilihan allah baginda
SAW menjalankan segala tugas sebagai
seorang rasul dengan baik dan segala
tindakan yang dilakukan adalah atas
bimbingan wahyu.Ini telah dijelaskan
oleh allah dalam surah An Najmu ayat
3 dan 4 yang berbunyi:
|
Maksudnya:
:Dan
tidaklah apa yang dilafazkan
atas kehendak nafsunya.ucapan
itu tiada lain hanyalah
wahyu yang telah diwahyukan
melainkan ia atas bimbingan
wahyu.
|
|
Di
dalam amalan harian yang berkaitan dengan
pengurusan dan organisasi, amalan organisasi
yang utama dan terpenting yang diperkenalkan
oleh Rasulullah ialah sembahyang berjamaah.Ia
menjadi kewajipan dan tunggak kepada
ajaran Islam. Dengan melakukan sembahyang
lima waktu secara berjemaah, ia merupakan
satu sistem dunia dan akhirat yang tidak
pernah diperkenalkan oleh mana-mana
pemimpin dunia.
Melalui
amalan solat berjamaah yang diperkenalkan
ini setiap muslim akan mematuhi beberapa
disiplin yang tertentu yang terkandung
dalam solat seperti imam adalah sebagai
ketua organisasi yang memimpin, sementara
makmum akan mengikut segala pergerakan
imam.
Di samping itu, sembahyang berjemaah
dapat membentuk konsep perpaduan yang
hakiki dan dapat mengeratkan silaturrahim
, membentuk kemesraan dan kejituan dalam
hubungan sesama muslim melalui barisan
saf yang rapat dan lurus. Amalan yang
diperkenalkan ini akan kekal hingga
hari kiamat dan ia merupakan soalan
pertama yang akan ditanya pada semua
umat manusia pada hari kebangkitan kelak.Sabda
Rasulullah SAW:
|
Maksudnya:
Amalan
yang pertama akan diperhitungkan
oleh Allah kepada hambanya
pada hari qiamah ialah
sembahyang.
|
|
Baginda
SAW telah memberi bentuk terjemahan
dan panduan yang sempurna dan lengkap
tentang hakikat Islam.Islam menekankan
bahawa kehidupan ini hanyalah sementara
dan matlamat utama adalah kehidupan
akhirat yang kekal abadi.
Ibadah zakat yang disyariatkan dalam
Islam adalah bagi menghapuskan amalan
riba` oleh masyarakat . Islam memberi
penekanan ke atas rezeki yang baik dan
halal, membersihkan harta pendapatan
dan membezakan antara rezeki yang halal
dan yang haram.Kedua amalan ini adalah
asas kepada organisasi sesuai dengan
perintah Allah yang sentiasa mengiringi
perintah solat dan zakat ini secara
bersama.
Maka dengan demikian, jika kita lihat
dan fahami bahawa tidak ada amalan Rasulullah
yang tidak bermatlamat ke arah keredhaan
Allah swt. Usaha yang dilakukan adalah
untuk mencapai mardhatillah.Tidak ada
dalam saat hidup baginda di mana ia
.Baginda menyedari bahawa inilah tugas
utama baginda diutuskan oleh Allah sebagai
manusia agung. Oleh yang demikian, tugas
dan tanggungjawab baginda ini adalah
untuk menyelamatkan umatnya dari balasan
Allah dengan menegakkan risalah ilahi
secara prograsif dan terancang..
Dalam konteks pengurusan dan organisasi
hari ini, keperluan utama bagi menjayakannya
adalah sifat manusia itu sendiri seperti
berakhlak mulia, amanah, jujur, ikhlas,
beriltizam dan sebagainya.
Maka
sifat, akhlak mulia dan nilai yang telah
ditonjolkan dan dizahirkan oleh Rasulullah
ini sememangnya adalah peribadi baginda
sendiri yang diakui ulung dan unggul,
yang merupakan seorang pemimpin organisasi
Islam.Firman Allah SWT dalam dalam surah
Al Ahzab ayat 21 :
|
Maksudnya:
Sesungguhnya
bagi kamu pada diri Rasulullah
SAW itu adalah contoh
terbaik yang menjadi ikutan
bagi sesiapa yang mengharapkan
Allah dan hari akhirat,dan
ingatlah Allah dengan
sebanyak-banyaknya..
|
|
Peribadi
baginda adalah Al-Quran yang merupakan
kalam Allah, Baginda sebelum diutus
menjadi Rasul, adalah seorang yang sentiasa
benar dalam tutur kata dan perbuatan,
amanah dalam kehidupannya dan selepas
menjadi Rasul ia menjadi contoh ikutan.Maka
penyempurnaan nilai, etika dan akhlak
yang unggul dan terpuji akan dapat mengelakkan
daripada sebarang sifat yang tercela
yang sentiasa menjadi virus di dalam
sesebuah organisasi. Dengan itu, akan
lahirlah keberkatan dan melaluinya akan
mendapat rahmat dan nikmat Allah swt.
Oleh itu, contoh dan teladan yang baik
adalah melalui Rasulullah saw yang bekerja
di dunia untuk mengejar akhirat dan
beramal untuk akhirat dengan bekerja
di dunia. Setiap muslim yang mukmin
harus menyedari bahawa kita tidak dapat
mencari akhirat melainkan dengan mengislahkan
dunia dan tidak akan dapat sampai ke
akhirat melainkan melalui jalan dunia.
Kewajipan kita adalah untuk memakmurkan
bumi Allah serta menanam benih amalan
agar dapat dituai di akhirat kelak.
Manusia sebenarnya mempunyai kekuatan
roh yang boleh mengatasi segala halangan
dan rintangan. Ramai di kalangan para
sahabat yang dididik oleh Rasulullah
melaksanakan apa yang telah diajar dengan
memikul amanah untuk memakmurkan bumi
Allah tanpa melupakan tanggungjawab
sebagai seorang hamba dan anggota masyarakat
yang mempunyai tanggungjawab sosial
yang perlu ditunaikan.
Antara yang menjadi keutamaan baginda
semasa mengetuai bidang pengurusan adalah
terdiri dari 3 aspek:
1) Aspek keilmuan
Kemajuan ilmu adalah prasyarat mana-mana
pembangunan sesuatu tamadun .Justeru
itu umat yang ingin maju ,budaya ilmu
haruslah disebatikan diantara pemimpin
(ulil amri) dan juga rakyat.Pemimpin
yang berilmu akan meminpin ke arah yang
benar dan di redhoi Allah.Ia harus diberi
peluang untuk membetulkan kesilapan
dan ruang seluas-luasnya dan dengan
sikap yang besungguh-sungguh untuk memimpin
sudah pasti rakyat yang dipimpin akan
menghormati dan menyanjung tinggi .Ini
adalah sebagai contoh yang ditunjukkan
oleh baginda SAW.Kesilapan masyarakat
kini mungkin adalah atas dasar sikap
kurang prihatin terhadap nilai keilmuan
sehingga terlalu mudah untuk melantik
seorang pemimpin sedang masih terdapat
banyak kelemahan dan kekurangan yang
perlu diperbaiki.
2) Aspek kerohanian
Aspek ini merupakan satu lagi prasyarat
penting dalam sesebuah pentadbiran dan
pengurusan.Kerohanian ini bermaksud
menekankan hubungan yang kukuh antara
makhluk dengan pencipta.(hablumminallah).Ini
termasuk hubungan dari segi iktikad
dan hubungan amalan yang sentiasa mantap
dan dijiwai.Saidina Umar pernah mengungkap
kalimah yang menggambarkan peri pentingnya
aspek kerohanian untuk menjamin sesuatu
kemenangan dan untuk mendapat mardhatillahi
|
Maksudnya:
Kemenangan
itu milik kamu adalah
kerana ketaatan kamu kepada
Allah dan kemaksiatan
musuh Allah.Sekiranya
kedua duanya melakukan
maksiat maka keutamaan
dan kekuatan itu milik
musuh kamu.
|
|
:3)
Aspek Syura
Kepimpinan yang bercirikan syura bermaksud
memberi ruang kepada kebebasan memberi
pendapat,mengkritik ,membeza pendapat
demi mencari formula terbaik untuk masalah
ummah .Diantara sebab mengapa dunia
Islam masih lagi mundur ,lemah dan berpecah
belah ialah kerana masalah kepimpinan
berkualiti yang mampu menghayati ilomu,kerohanian
dan syura.
Bagi menggambarkan betapa pentingnya
system syura ini hatta ketika Rasulullah
SAW wafat sekalipun para sahabat bersyura
untuk memilih pemimpin yang terbaik
dikalangan mereka.Khalifah Umar Abdul
Aziz pula ketika dilantik menjadi khalifah
,menyerahkan semula jawatan tersebut
bagi membolehkan syura berlaku untuk
memilih khalifah yang dipilih oleh rakyat
bukannya dilantik oleh khalifah sebelumnya
.Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin
yang paling banyak bersyura,bagi menggambarkan
begitu demokratiknya baginda.
1.
Seterusnya model pengurusan dan organisasi
cemerlang yang diterapkan oleh Rasulullah
secara keseluruhannya meliputi rangka
dakwah bil hal dengan prinsip-prinsip
yang merangkumi :
2.
Mengambil Allah dan Rasul-Nya sebagai
sumber rujukan / sandaran, punca kekuatan
dan pengharapan.
3.
Sentiasa sedar dan insaf akan tuntutan,
amanah dan tugas serta tanggungjawab
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
4.
Bersedia untuk memberikan khidmat dalam
mendedah, menyebar, melaksana dan menghayati
Islam sebagai Ad-Din.
5.
Berusaha mencari, menambah, menghayati
dan menyebarkan ilmu serta pada masa
yang sama menterjemahkannya ke dalam
amalan seharian.
6.
Bersedia untuk menyumbang dalam memberikan
masa, tenaga, kemampuan intelek dan
harta dalam usaha untuk pembangunan
ummah.
7.
Berusaha untuk menjadikan seluruh anggota
( organisasi / masyarakat ) sebagai
anggota yang beriman, bertakwa dan beramal
soleh.
8.
Melaksana, memperbaiki dan berusaha
meningkatkan amal ibadah samada yang
khusus mahupun umum dalam rangka untuk
menyubur dan mempertingkatkan keimanan
dan ketakwaan.
9.
Sentiasa berusaha untuk menjadi manusia
/ kakitangan / pekerja yang boleh dicontohi
oleh orang lain.
10.
Berusaha untuk menjadi manusia / kakitangan
/ pekerja yang dapat mengabdikan diri
kepada Allah dengan membina tamadun
melalui perhidmatan atau sumbangan yang
diberikan.
Justeru
itu, penerapan nilai, etika dan akhlak
dalam pengurusan membawa erti yang amat
besar pada pihak pengurusan serta kakitangannya
dalam mengurus atau mentadbir sesebuah
organisasi yang mana Rasulullah saw
sendiri merupakan model yang cemerlang,
mengurus dengan kekuatan hati dan akhlak
mulia. Semoga dengan apa yang kita fahami
akan dijadikan pengajaran.