Seseorang
anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua
ibu bapanya, tetapi adakah ia mamadai atau terbatas
ketika keduanya masih hidup sahaja?. Dalam Al-Quran
terdapat banyak ayat yang menyentuh dan memerintahkan
agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan
terhadap kedua ibu bapanya dan ianya tidak terbatas
ketika keduanya masih hidup. Terdapat beberapa
amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh
seseorang anak kepada kedua ibu bapanta setelah
meninggal dunia
1.
Menjelaskan hutang
Islam
amat menitikberatkan dalam persoalan memberi,
menerima dan membayar semula hutang kerana ia
melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup
di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang
yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya
dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat
menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk
membayarkan hutang adalah ke atas warisnya.
Semua hutang samada melibatkan orang perseorangan,
pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar
tanpa mengira jumlahnya yang sedikit atau pun
banyak. Sabda Rasulullah s.a.w.:
|
|
|
Dari
Abu Hurairah r.a.:
"Telah
dibawa kepada baginda, jenazah yang berhutang.
Rasulullah s.a.w.bertanya : Adakah mayat
ini meninggalkan harta untuk membayarnya?
Sekiranya ia ada meninggalkan harta untuk
membayarnya, maka sembahyanglah ke atasnya
, jika tiada Nabi s.a.w. bersabda, sembahyanglah
kamu ke atas sahabat kamu ini. Setelah
pembukaan kota Makkah, Nabi s.a.w.bersabda
: Aku lebih utama untuk melunaskan hutang
orang yang telah meninggal dunia, sekiranya
ia ada meninggalkan harta, maka ia untuk
warisnya".
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
2.
Membayarkan zakat
Seseorang
yang meninggal dunia dan belum membayar zakat,
maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut
kerana zakat yang belum dibayar itu adalah merupakan
hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan
membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan
hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian
harta pusaka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
|
|
|
Dari
Ibnu Abbas r.a.:
"Bahawasanya seorang wanita datang
kepada Rasulullah s.a.w. maka ia berkata
: Sesungguhnya ibuku telah nebibggal dunia
dan dia ada meninggalkan sebulan puasa.
Bersabda Nabi s.a.w.: Bagaimana pendapatmu
sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah
kamu akan membayarkan untuknya? Wanita
itu menjawab : Ya Rasulullah s.a.w. bersabda
: Maka hutang dengan Allah lebih utama
untuk ditunaikan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
Daripada
hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sebarang
hutang oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.adalah
lebih utama dibayar. Ia termasuklah urusan pembayaran
zakat sama ada zakat fitrah, zakat harta, zakat
perniagaan dan sebagainya.
3.
Mengqada'kan puasa
Waris
atau anak-anak disunatkan supaya mengqada' puasa
ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk
puasa ramadhan, puasa nazar dan puasa kaffarah,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
|
|
|
Sayyidatina
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w.bersabda : " Barangsiapa yang
mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa,
maka walinya berpuasa untuknya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
Dalam
hadis yang lain baginda bersabda :
|
|
|
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Bahawasanya
seorang wanita datang kepada Rasulullah
s.a.w. maka ia berkata : Sesungguhnya
ibuku telah nebibggal dunia dan dia ada
meninggalkan sebulan puasa. Bersabda Nabi
s.a.w.: Bagaimana pendapatmu sekiranya
ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan
membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab
: Ya Rasulullah s.a.w. bersabda : Maka
hutang dengan Allah lebih utama untuk
ditunaikan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
4.
Membayarkan fidyah puasa
Fidyah
puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak
makanan asasi penduduk sesebuah negara samada
daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di
Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah
900 gram bersamaan dengan RM 1.10. Mereka yang
diwajibka membayar fidyah puasa ialah :
i.
Orang sakit yang tidak akan harapan untuk sembuh
penyakitnya.
ii.
Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui kesukaran
untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi
mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya
untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka
memberi makan seorang miskin untuk setiap hari
yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau
nilai yang bersaan dengannya.
Firman
Allah s.w.t.:
|
|
|
Maksud:
.Dan
wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa ( kerana tua dan sebagainya )membayar
fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
(
Al-Baqarah:184 )
|
5.
Mendoakan ibu bapa
Doa
daripada anak yang soleh merupakan khazanah
ibu bapa yang amat berharga dan ia akan sentiasa
mendoakan keduanya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :
|
|
|
Maksudnya
: Apabila seseorang anak Adam meninggal
dunia, maka putuslah segala amalannya
melainkan tiga perkara : sedekah jariah
atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh
yang berdoa untuknya.
|
6.
Menghubungkan tali silaturrahim
Menghubungkan
tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara
yang amat penting dan ianya merupakan salah
satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian
utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan
silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat
dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada
cara berbuat amal untuk keduanya yang telah
meninggal dunia.
Abdullah
bin Umar r.a. meriwatkan, Rasulullah s.a.w.
bersabda :
|
|
|
Maksud
: Sesungguhnya sebaik baik kebajikan adalah
seseorang itu menghubungkan silaturrahim
dengan orang yang dikasihi bapanya.
(Riwayat Muslim)
|
7.
Menziarahi kubur
Menziarahi
kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar
ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik
jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan
surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang
ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya
membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak
yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.
Adab
ziarah kubur
i.
Hendaklah bersih daripada hadas ( sunat berwuduk).
ii.
Sunat memberi salam secara umum kepada ahli
kubur sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
|
|
|
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. hadir ke kawasan perkuburan.
Maka baginda berdoa : Salam sejahtera
kepada kamu sekalian di perkampungan kaum
mukminin dan kami juga Insya Allah akan
menurut kamu (apabila sampai gilirannya)
".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
iii.
Setelah sampai dekat kubur ibu bapa hendaklah
berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap
muka si mati sambil memberi salam khusus kepadanya.
Contohnya : jika si mati itu bapa, lafazsalamnya
adalah:
"Assalamualaikum
wahai ayahku "
iv.
Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya
kepada kedua ibu bapa.
v.
Hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk kedua
ibu bapa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan
rahmat kepada keduanya.
8.
Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid
Pembahagian
harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan
segala hutang si mati samada hutang dengan Allah
mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan
pengurusan jenazah.
Firman Allah s.w.t.:
|
|
|
Maksud
: Adapun sekiranya kamu mempunyai anak,
maka isteri-isteri kamu hanya mendapat
satu perlapan (1/8) sahaja dari peninggalanmu
- iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat
dan hutang kamu.
(An-Nisa'
: 12)
|
|
|
|
Maksud:
Allah telah memerintahkan pembahagian
harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu
bahagian seorang anak lelaki sama dengan
bahagian dua orang anak perempuan.
(An-Nisa'
: 11)
|
9.
Memohon kemapunan bagi dosanya
Perkara
yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh
semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa
serta mohon keampunan bagi dosa kedua ibu bapanya
samada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang
telah meninggal dunia sepertimana doa yang dianjurkan
dalam Al-Quran :
|
|
|
Maksud
: Wahai tuhan kami, berilah keampunan
kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan
juga kepada semua orang mukmin pada hari
terjadinya hisab.
(Ibrahim
: 41)
|
Firman
Allah s.w.t.:
|
|
|
Maksud
: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu dan doakanlah (untuk mereka)
- " Wahai tuhanku, cucurilah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka
telah men-curahkan kasih sayangnya dengan
memelihara dan mendidikku semasa kecil
".
(Al-Isra
': 24)
|
10.
Membuatkan haji untuknya
Anak-anak
digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua
ibu bapanya yang telah meninggal dunia tetapi
belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan
dengan membuat sendiri ( bagi yang telah menunaikan
haji untuk diri sendiri ) atau dengan cara mengupahkan
kepada orang lain.
Walau
bagaimanapun sekiranya kedua ibu bapa telah
bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak
berkesempatan kerana telah meninggal dunia,
maka wajib bagi anak atau waris melakukan haji
untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada
harta peninggalan si mati. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
|
|
|
Dari
Al-Fadhl r.a : " Bahawa seorang wanita
dari Khas ' am bertanya : Wahai Rasululla,
sesungguhnya bapaku telah tua, dan ke
atasnya ada kefardhuan haji tetapi dia
tidak mampu untuk menunggang unta ( lantaran
terlalu tua ). Bersabda Nabi s.a.w.: Maka
kerjakanlah haji untuknya ".
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
|
Sebagai
kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati
semula peranan seorang anak kepada ibu bapa.
Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleg
berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita
miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa
keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat
keredhaan Allah s.w.t.. Semoga kita akan tergolong
dalam golongan yang diredhai dan memasuki syurga
Allah.