|
|
|
|
|
Konsep
Amanah
|
|
Pendahuluan
|
Amanah
merupakan satu perkara yang sangat penting
dalam kehidupan manusia. Ia menentukan
masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua
peranan yang dimainkan oleh setiap individu
berkisar di sekitar dengan amanah yang
telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia
tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan
amanah yang telah dibebankan kepadanya
oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah
satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran
yang merupakan satu urusan yang mesti
dipelihara dan dikawal tanpa dicemari
oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap
orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki
sebarang kerosakan yang berlaku dalam
urusan pentadbiran kerana ia merupakan
satu amanah yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan
amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
|
Pengertian
|
Amanah
berasal daripada perkataan arab - amanah,
yang bermaksud tenteram, aman, selamat
dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan
akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan
orang lain terhadap diri seseorang dengan
melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam
kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata
lain ialah tanggungjawab yang diterima
oloh seseorang yang kepadanya diberikan
kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya.
Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan
kepercayaan yang diberikan itu dihargai,
maka orang yang menerima dan melaksanakannya
mendapati dirinya tenteram, aman, selamat
dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai
lapangan, antaranya :
| 1.
Amanah Terhadap Allah Dan Rasul |
| 2.
Amanah Terhadap Diri Sendiri |
| 3.
Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan |
|
1. Amanah Terhadap Allah
Dan Rasul
Ia
bermula daripada kedudukan manusia sebagai
hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai
khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai
hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk
kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai
khalifah pula ialah membangun, memakmur
dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut
kehendak dan tuntutan yang terkandung
dalam syariat dan ajaranNya seperti
yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kedudukan
manusia sebagai hamba dan khalifah Allah
dengan fungsinya untuk taat, patuh dan
mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu
amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya.
Segala tuntutan agama dan kewajipan
yang ditetapkan hendaklah dipikul dan
dilaksanakan seperti yang dikehendaki
tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika
ini dilaksanakan, maka seseorang itu
telah menunaikan amanahnya kepada Allah
SWT sepertimana firmanNya :
Maksudnya:
|
Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RsulNya dan (janganlah)
kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedangkan kamu mengetahui
(salahnya).
(Al-Anfal : 27)
|
Segala
pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah
dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan
mengikut peraturan dan hukum yang telah
ditetapkan. Apabila amanah Allah ini
ditunaikan, maka manusia akan merasai
ketenangan, kedamaian dan keselamatan
jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah
kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya.
Sebuah organisasi dan masyarakat yang
anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai
amanah Allah akan berada dalam suasana
aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan
itu produktiviti akan bertambah dan
kebaikan akan berkembang.
Amanah
terhadap Rasul ialah cabang daripada
amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan
segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan
bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah
SAW telah menyediakan as-Sunnah dan
Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah
Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu
dipelihara, dihargai serta dipatuhi.
Perkataan
Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat
dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu
juga perbuatan dan pengakuannya merupakan
sunnah yang menjadi amanah untuk diterima
dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab
yang dituntut. Patuh dan taat kepada
Rasulullah SAW merupakan sebahagian
daripada ketaatan dan kepatuhan kepada
Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati
amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan
yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu
juga jika ia tidak memelihara ketinggian
dan maruah agama Allah, tidak berjuang
menegakkannya dan tidak berusaha untuk
menghayatinya dengan penuh keimanan
dan keyakinan.
|
2.
Amanah Terhadap Diri Sendiri
Manusia
dan segala anggotanya menjadi amanah
Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki,
tangan dan lain-lain anggota merupakan
amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai
tanggungjawab dan kewajipan dari segi
rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga
kebersihan , kesihatan diri dan memberikan
hak-hak anggota tubuh badan merupakan
sebahagian daripada amanah terhadap
diri yang telah ditetapkan oleh Islam.
Kebersihan
rohaniah dan memelihara anggota daripada
digunakan untuk perkara yang dilarang
oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab
dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian
amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah
adalah amanah. Ia hendaklah digunakan
untuk tujuan yang diredhai Allah dengan
menghindarkannya daripada melihat perkara
yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan
untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya
daripada mendengar perkataan yang terlarang
seperti mendengar umpatan.
Lidah
menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga
dan dipelihara daripada segala kejahatan.
Lidah adalah lebih tajam daripada mata
pedang. Jika disalahgunakan ia amat
berbahaya kepada diri dan masyarakat.
Lidah yang tidak dijaga akan menjadi
pembawa fitnah yang boleh merosakkan
hidup dan membinasakan diri sendiri.
Oleh itu, semua anggota tubuh badan
dan pancaindera merupakan amanah Allah
kepada manusia yang perlu dijaga dan
dipelihara dengan cara memanfaatkannya
untuk tujuan yang diredhai Allah
|
3.
Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan
Manusia
merupakan makhluk bermasyarakat yang
saling bergantung dan memerlukan antara
satu sama lain. Tiada sesiapapun yang
dapat memenuhi semua keperluannya tanpa
pengantungan kepada orang lain. Penduduk
kota yang memiliki pelbagai kemudahan
memerlukan khidmat para petani dan nelayan
untuk mendapatkan keperluannya seperti
beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan
khidmat para penternak untuk mendapatkan
daging.
Para
peniaga memerlukan pelanggan manakala
pengguna memerlukan khidmat peniaga.
Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut
memerlukan bimbingan dan kepimpinan
para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa
yang mampu hidup bersendirian, kerana
manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap
orang memerlukan perkhidmatan orang
lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang
bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi
menjadi amanah yang terpaksa diserahkan
kepada orang lain apabila tiba masanya.
Penyerahan yang berlaku itu merupakan
perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan
dan kehidupan yang memerlukan pergantungan
antara satu dengan yang lain.
Apabila
pergantungan itu diterjemahkan kepada
perkhidmatan, bermakna setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk memberikan
perkhidmatan kepada yang lain mengikut
susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam
kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan
yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas
dalam hubungan manusia bermasyarakat
merupakan penghayatan amanah yang besar
ertinya dalam hidup dan penghayatan
beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan
dan komunikasi antara manusia. Perhubungan
dan komunikasi yang membentuk keluarga,
kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya
ummah, bangsa dan negara.
|
Penutup
|
Oleh
yang demikian, setiap yang bergelar manusia
harus mengetahui, memahami seterusnya
mengamalkan segala bentuk amanah yang
telah diberikan dengan sebaik-baiknya
samada amanah terhadap Allah dan Rasul,
diri sendiri mahupun kepada masyarakat
dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan,
setiap tanggungjawab perlu dilunaskan
agar tidak merosakkan penghidupan kita
di dunia ini.
|
Kisah
Dan Teladan
KHALIFAH
Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang
daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah
yang terkenal dengan sifat amanahnya.
Pada suatu malam ketika neliau sedang
tekun menyiapkan kerja rasminya delam
bilik istana, tiba-tiba salah seorang
puteranya telah masuk untuk membincangkan
suatu hal yang berhubung dengan urusan
keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau
pun memadamkan lampu yang berada di
atas mejanya, yang digunakan ketika
bekerja pada malam itu. Puteranya merasa
hairan lalu bertanya.
|
" Kenapa ayahanda padamkan
lampu ini? Bukankah lebih baik
kita berbincang di bawah cahaya
lampu yang terang ?"
|
Khalidah
Umar menjawab, " Benar katamu wahai
anakkku, tetapi engkau harus ingat,
lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk
bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan
Kerajaan, minyak yang digunakan itu
dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan
perkara yang hendak kita bincangkan
ini adalah urusan keluarga "
Kemudian
beliau menyuruh seorang pelayan supaya
membawa lampu yang lain dari dalam biliknya.
Setelah lampu itu dinyalakan maka ia
pun berkata kepada puteranya:
|
" Sekarang lampu yang baru
kita nyalakan ini adalah kepunyaan
keluarga kita, minyaknya pun kita
beli dengan wang kita sendiri. Sila
kemukan apa yang anakanda hendak
bincangkan dengan ayahanda.
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|