|
|
|
|
|
Ibadat
Puasa
|
Pengertian
puasa
|
Takrif
puasa dari segi istilah bermaksud menahan
diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara
yang boleh membatalkan puasa mulai terbit
fajar hingga terbenam matahari beserta
niat.
|
Dalil
Wajib puasa
Umat
Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan
berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan
dalil seperti berikut:
Al-Quran:
|
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan berpuasa keatas kamu
sebagaimana diwajibkan ke atas
orang yang terdahulu daripada
kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
|
Hadis:
|
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad
S.A.W bersabda; Islam itu dibina
atas lima perkara, bersaksi tiada
tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad
itu pesuruh Allahh, mendirikan
sembahyang, membayar zakat, menunaikan
haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
|
Sehubungan
dengan adanya dalil daripada Al-Quran
dan hadis yang jelas tentang wajibnya
puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan
berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar
daripada Islam)
|
Lafaz
Niat
Lafaz
niat puasa bulan Ramadhan:
|
Maksudnya:
Sahaja aku puasa esok hari pada
bulan Ramadhan tahun ini kerana
Allah Taala.
|
Lafaz
niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
|
Maksudnya:
Sahaja aku puasa untuk sebulan pada
bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
|
|
Syarat
wajib puasa
|
Syarat
syarat wajib berpuasa empat perkara
iaitu:
|
1.
Islam :
|
Tidak
diwajibkan kepada orang kafir. |
|
2.
Baligh:
|
Tidak
diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak
yang belum sampai umur baligh. Walau
bagaimanapun kanak-kanak digalakkan
berpuasa
|
| 3.
Berakal : |
Tidak
diwajibkan puasa bagi orang gila. |
| 4.
Berkemampuan:
|
Tidak
wajib berpuasa ke atas orang yang
tidak berdaya berpuasa seperti orang
sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
|
|
Syarat-syarat
sah puasa
|
Syarat-syarat
sah puasa itu enam perkara:
|
1.
Islam:
|
Orang
Islam yang sedang berpuasa kemudian
ia murtad walaupun sekejap, maka
puasanya batal
|
| 2.
Berakal: |
Orang
Gila tidak sah puasanya |
| 3.
Suci daripada nifas dan haid |
| 4.
Masuk waktu puasa |
| 5.
Berniat pada setiap malam: |
Menurut
mazhab Imam Malik-memadai dengan
sekali niat sahaja iaitu pada malam
pertama bulan Ramadhan.
|
| 6.
Menahan diri daripada sesuatu yang
membatalkan puasa. |
|
Rukun
Puasa
| 1.
Orang yang berpuasa |
| 2.
Niat |
| 3.
Menahan diri daripada sesuatu yang
membatalkan puasa. |
|
Hikmah
Puasa
|
Puasa
mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
|
1.
Menandakan kesyukuran kepada Allah
|
|
2.
Melatih diri dengan sifat-sifat
mahmudah(terpuji seperti sabar,
tabah, amanah dan sebagainya.
|
|
3.
Melatih sikap tolong-menolong di
antara satu sama lain
|
|
4.
Meningkatkan kesihatan diri.
|
|
5.
Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika
berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa
dengan tuhannya pada hari kiamat.
|
|
6.
Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji)
sepert tamak, sombong hasad dengki
dan sebagainya.
|
|
Kelebihan
Ramadhan
|
Bulan
Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
|
1.
Bulan diturunkan Al-Quran
|
Maksudnya:
Bulan Ramadhan padanya diturunkan
al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan
yang nyata sebagai petunjuk
kepada manusia
|
|
|
2.
Bulan penuh berkat
Bulan
Ramadhan merupakan satu bulan yang
disebut sebagai bulan mulanya rahmat,
ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya
merdeka daripada api neraka.
|
"Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda,
apabila bulan Ramadhan telah
datang maka dibukalah pintu-pintu
syurga, dihapuslah pintu-pintu
neraka dan di ikatlah semua
syaitan.
|
|
|
3.
Bulan Penghapusan dosa
|
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa berpuasa Ramadhan
dan berjaga malamnya dengan
penuh kepercayaan dan ketelusan
ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu. .
|
|
|
4.
Bulan diturunkan Lailatul Qadar
|
Maksudnya:
Sesungguhnya kami telah menurunkan
(Al-Quran ) ini pada malam
Lailatul Qadar. Dan tahukah
kamu apa dia Lailatul Qadar
itu. Lailatul Qadar itu lebih
baik dari seribu bulan. Pada
malam itu diturunkan malaikat
dan Jibril dengan izin tuhan
mereka untuk mengutus segala
urusan. Sejahteralah(malam)
sehingga terbit fajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|