Mesyuarat
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara
(FATWA) Negeri Selangor telah membuat
keputusan bahawa buku-buku iaitu:
(a)
Hadis Satu Penilaian Semula.
(b)
Hadis Jawapan Kepada Pengkritik,
yang ditulis oleh Kassim Ahmad.
(c)
Pendedahan Kebenaran Adalah Dari
Tuhanmu.
(d)
Hadith di dalam al-Quran,
yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman.
(e)
Buku Bacaan yang ditulis oleh
Othman Ali.
(f)
Buku The Computer Speaks - Gods
Message To The World yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa.
(g)
Risalah Iqra" terbitan Jemaah
al-Quran Malaysia.
Adalah
mengandungi, antara lain ajaran dan
fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu
hadith yang disahkan bersumber daripada
Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah
dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran
dengan mempertikaikan kesahihan serta
memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat
al-Quran. Oleh yang demikian, bukubuku
dan risalah itu adalah mengandungi ajaran
dan fahaman yang bertentangan dengan
aqidah, syariah dan akhlak Islam.
OLEH
YANG DEMIKIAN;
(a)
Mana-mana orang atau kumpulan orang yang
berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman
- fahaman yang terkandung dalam buku-buku
dan risalah yang dinyatakan dalam perkara
(1) adalah murtad;
(b)
Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran,
penyebaran atau pengedaran mana-mana
buku atau risalah yang dinyatakan dalam
perkara (1) termasuk;
(i)
Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan
memberikan publisiti kepada manamana buku
atau risalah itu;
Pada
atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau selainnya atau
melalui apa-apa media, adalah haram;
(c)
Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan
penyebaran ajaran-ajaran atau fahamanfahaman
yang terkandung dalam mana-mana buku atau
risalah yang dinyatakan dalam perkara
(1) adalah haram;
(d)
Adalah haram bagi orang Islam menjadi
anggota atau memimpin atau membantu dalam
menghidupkan atau mengembangkan mana-mana
kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan
dalam perkara (1).