|
|
|
|
|
Mendidik
Anak Anak Menurut Islam.
|
Pendahuluan
|
Menurut
perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak
ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih
rohani dan jasmani mereka berteraskan
nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran,
Hadis dan pendapat serta pengalaman para
ulama. Ia bertujuan melahirkan "
Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa
dan beramal soleh.
Falsafah
pendidikan sebenarnya menekankan aspek
rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian
manusia itu sendiri yaang terdiri daripada
roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa
peringkat, bermula dari dalam kandungan
sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
|
Membentuk
Dunia Kanak-kanak.
Sebelum
anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan
tempat yang sesuai untuk membesarkan
anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna
dunia kanak-kanak setelah dilahirkan
ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk
mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak,
ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni
dan bercirikan keislaman dalam kehidupan
rumahtangga terlebih dahulu.
Jika
pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai
keislaman dalam kehidupan rumahtangganya,
mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan
benih-benih Islam. Sebaliknya, jika
pasangan suami isteri gagal menerapkan
nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan
rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah
anak-anak mengikut acuan dan budaya
hidup Islam.
Atas
itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan
bakal-bakal suami agar memilih bakal
isteri yang mempunyai kesungguhan dan
penghayataan agama, bukan kerana paras
rupa, keturunan atau harta semata-mata.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
|
"
wanita dikahwini kerana empat perkara,
iaitu kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka
pilihlah yang beragama kerana ia
menguntungkan kamu(lebih utama)"
|
|
Ketika
Anak Dalam Kandungan
|
Proses
pendidikan mula berlaku ketika bayi masih
berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan
pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian,
iaitu:
|
1.
|
Bagi
ibu-ibu yang mengandung digalakkan
supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran
terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman
dan At-Taubah.
|
| |
| 2. |
Ibu
hendaklah sentiasa berdoa kepada
Allah S.W.T agar anak yang bakal
dilahirkan itu nanti menjadi seorang
anak yang soleh, berilmu, beriman,
bertakwa dan berakhlak mulia.
|
| |
| 3. |
Ibu
bapa hendaklah mendapat rezeki daripada
sumber yang halal supaya benih yang
bakal dilahirkan itu nanti datang
daripada darah daging yang halal.
|
| |
| 4. |
Ibu
hendaklah makan makanan yang berzat
dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh
badannya. Kebersihan diri hendaklah
diutamakan bagi menjamin kesihatan
anak-anak dalam kandungan. Faktor
kesihatan amat dititik beratkan
oleh Islam sehingga Islam memberikan
kelonggaran kepada ibu yang mengandung
untuk berbuka puasa sekiranya merasakan
puasa itu menjejaskan kesihatan
diri dan anaknya.
|
| |
| 5. |
Ketika
mengandung, ibu perlulah menyesuaikan
diri dengan perubahan perubahan
yang berlaku kepada dirinya. Pada
waktu begini sememangnya keadaan
ibu agak berbeza dari waktu - waktu
biasa, terutamanya bagi ibu yang
bakal melahirkan anak yang pertama.
Mungkin selera makannya hilang,
perasaan agak terganggu(sensitif)
dan hatinya boleh berdebar-debar
kerana bayi dalam kandungannya itu
adalah sebahagian daripada dirinya.
Ketika ini para suami hendaklah
lebih memahami keadaan isteri serta
memberi dorongan yang kuat kepadanya
|
| |
|
Setelah Anak Dilahirkan
Setelah
anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan
telinga kanannya dan diiqamatkan telinga
kirinya.
Abu
Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:
|
"
Aku melihat sendiri Rasulullah
S.A.W mengazankan Hasan B. Ali
pada telinganya ketika ia baru
dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat
Abu Daud dan Termizi)
|
Sebagai
suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan
dengan manisan seperti madu dan kurma.
Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah
riwayat mengatakan:
|
"Isteriku
melahirkan seorang anak. Bayi
itu ku bawa kepada Rasulullah
S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim,
kemudiannya disuap dengan buah
kurma(yang telah dilumatkan) setelah
itu baginda mendoakan keberkatan
baginya lalu bayi itu diserahkan
kembali kepadaku".
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
|
Pada
hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa
disunatkan bersedekah dengan melakukan
ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor
kambing bagi anak perempuan dan dua
ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya
pula sunat dicukur keseluruhannya supaya
kepalanya bersih, otaknya cergas dan
rambut barunya tumbuh dengan subur dan
sihat.
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
|
"Setiap
anak yang baru dilahirkan bergantung
kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan
dengan menyembelih kambing pada
hari ke tujuh, diberi nama pada
hari itu dan dicukur kepalanya".
(
Riwayat Abu Daud, Termizi dan
Nasa)
|
Bagi
ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan
makanan yang halal, bersih, dan berzat.
Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah
selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika
hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan
kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti
nasyid dan sebagainya.
Apabila
anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah
membiasakannya dengan percakapan yang
baik-baik seperti selawat, zikir dan
lain-lain perkataan yang seumpamanya.
|
Peringkat
Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada
peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan
teknik pendidikan yang lebih luas dan
menyeluruh. Pengisian antara keperluan
rohani dan jasmani perlu didedahkan
serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran
dan pengajaran perlu menggunakan kaedah
yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya
akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian
iaitu apa yang dilakukan oleh individu
disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut
pandangan Islam, pada peringkat ini
anak-anak wajar didedahkan dengan latihan
menulis, membaca, mengira dan berbahasa.
Pendidikan yang wajar didedahkan pada
peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak.
Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat
umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan
sembahyang. Seterusnya adab-adab yang
mulia hendaklah mula diterapkan dalam
bentuk latihan amali seperti:
|
1.
|
Mendidik
anak supaya taat dan beradab kepada
kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran
kepada mereka bahawa pengorbanan
ibubapa terhadapnya adalah amat
besar dan mereka perlu bersyukur
kerana menjadi anak yang masih mempunyai
kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan
hubungan mesra, rasa kasih sayang
antara ahli keluarga.
|
| |
| 2. |
Mengajar
anak supaya taat dan beradab kepada
guru dan orang yang lebih tua daripadanya;
guru merupakan orang yang bertanggungjawab
mendidik dan menyampaikan ilmu manakala
orang yang lebih tua adalah orang
yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan
daripadanya.
|
| |
| 3. |
Mengajar
anak bercakap atau bergaul dengan
baik; anak-anak hendaklah dilatih
bercakap benar, sopan santun dan
mengucapkan perkataan yaang baik-baik.
Kanak-kanak biasanya begitu sensitif
dengan pendengarannya, ia mudah
terikut-ikut dengan apa yang didengarnya.
Sebab itu jika ibubapa mahu menegur
atau memarahi mereka, hendaklah
menggunakan bahasa yang paling sopan
bukannya dengan bahasa yang kesat,
kasar dan keras.
|
| |
| 4. |
Mengajar
anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan;
anak-anak harus dinasihatkan agar
tidak berbangga atau meninggi diri
di hadapan rakan sebayanya, jangan
sekali-kali menyakiti atau mengambil
hak orang lain .
|
| |
| 5. |
Mengajar
anak adab makan minum yang baik;
sifat atau sikap yang tidak sopan
seperti gelojoh ketika makan hendaklah
ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih
dulu dengan adab-adab makan seperti
mencuci tangan, duduk dengan sopan
serta berdoa sebelum dan sesudah
makan.
|
| |
| 6. |
Mengajar
anak adab berpakaian; pakaian yang
dipilih hendaklah menutup aurat
dan bukan untuk menunjuk-nunjuk
kepada orang lain.
|
| |
| 7. |
Mengajar
adab dan bangun daripada tidur;
sebaiknya hendaklah mengadap qiblat,
membersihkan diri sebelum dan selepas
bangun daripada tidur.
|
| |
| 8. |
Mengajar
anak adab masuk dan keluar tandas,
anak-anak perlu diajar cara membuang
air kecil/besar dan cara masuk ke
dalam tandas seperti membaca doa,
menutup kepala,membelakangkan qiblat
dan sebagainya.
|
| |
|
Kesimpulan
|
Anak-anak
merupakan amanah Allah yang perlu dididik
dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya
apabila besar kelak menjadi anak yang
soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya.
Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah
yang berperanan mencorak dan melukiskannya
dengan warna-warna menarik yang menjadi
amalan dan cara hidup Islam.
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|