Pendahuluan
Agama
Islam membenar malah mengharuskan seseorang
itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan
dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah
kewangan. Dalam masa yang sama, Islam
memberi galakkan kepada umatnya agar memberi
bantuan dan pertolongan kepada mereka
yang memerlukan dalam pelbagai bentuk
seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan
beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih
lagi dalam hal keperluan asasi.
|
Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya
:
|
"Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang
bersedekah dan orang-orang
perempuan yang bersedekah,
serta mereka memberikan
pinjaman kepada Allah
(semata-mata untuk mendapatkan
pahala) dengan pinjaman
yang baik (ikhlas) akan
digandakan balasannya
dan mereka pula akan
beroleh pahala yang
mulia" (Al-Hadid
: 18)
|
|
|
|
Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya
:
|
"
Dan bertolong-tolonglah
kamu pada jalan kebaikan
dan ketaqwaan dan janganlah
bertolong-tolong pada
perkara dosa dan permusuhan"
(Al-Maidah : 2)
|
|
|
Namun
demikian, Islam begitu teliti dan amat
memandang berat dalam soal memberi, menerima
dan membayar semula hutang tersebut kerana
ia melibatkan hubungan sesama manusia
ketika hidup di dunia ini sehinggalah
ke akhirat kelak.
Mengapakah
Anda Berhutang?
Ada
banyak faktor yang menyebabkan seseorang
itu terjebak dalam hutang antaranya ialah
:-
1)
Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa
nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak
mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2)
Pengaruh daripada sahabat handai atau
jiran tetangga yang sering memberi galakan
untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat
demikian, walaupun pada hakikat dirinya
itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah
untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3)
Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan
apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang
demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa
memikirkan akibat yang mendatang.
4)
Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh
beberapa pihak tertentu seperti institusi
kewangan dan perbankan bagi menggalakkan
lagi amalan berhutang.
5)
Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan
metarial dan kebendaan dengan cepat dan
pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak
mampu berbuat demikian.
Dalam
hal ini jika perkara yang hendak dimiliki
itu merupakan keperluan asasi (dharuriat)
seperti makanan, minuman, tempat tinggal,
pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka
Islam membenarkan berhutang sebagaimana
dalam sebuah hadis iaitu :-
|
Maksudnya
:
|
"
Daripada Abu Hurairah
R.A., berkata seseorang
; Ya Rasulullah, pekerjaan
apakah yang paling baik
?, Baginda bersabda
'Memasukkan kepada saudara
kamu kegembiraan atau
melunaskan hutangnya
atau memberi roti (makanan)
kepadanya. "
|
|
|
Tetapi
jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan
merupakan perkara asasi atau penting dalam
kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah
ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan
bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan
institusi kewangan dan perbankan yang
mengamalkan sistem riba'.
Implikasi
Amalan Berhutang
1)
Penyakit berhutang ini jika diamalkan
akan menjadi satu budaya dalam kehidupan
manusiayang boleh mendatangkan kesan negatif
kepada pemiutang seperti muflis disebabkan
bebanan hutang yang tinggi serta gagal
melunaskan hutangnya.
2)
Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram
dan aman, hidupnya dalam kancah resah
gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan
hutang yang tinggi.
3)
Seseorang yang terbeban dengan hutang
itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai
perkara yang dilarang oleh Syarak seperti
mencuri dan menjual maruah diri semata-mata
untuk melunaskan hutangnya.
4)
Orang yang berhutang akan terikat hidupnya
di dunia dan akan tergantung amalan dan
rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah
dilunaskan segala hutang piutangnya semasa
hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-
|
Maksudnya
:
|
"
Jiwa orang mukmin akan
tergantung dengan hutangnya
(iaitu tidak dihukum
selamat atau celaka)
sehinggalah dia menjelaskan
hutangnya "
|
|
|
Rasulullah
S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat
Baginda agar mengurangkan hutang seperti
sabdanya :-
|
Maksudnya
:
|
'
Kurangkanlah dirimu
daripada melakukan dosa,
maka akan mudahlah bagimu
ketika hendak mati.
Kurangkanlah daripada
berhutang nescaya kamu
akan hidup bebas'
|
|
|
5)
Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan
kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia
berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda
Rasulullah S.A.W :-
|
Maksudnya
:
|
"
Sesungguhnya sebesar-besar
dosa di sisi Allah ketika
seseorang hamba itu
berjumpa dengan Allah
nanti selepas dosa besar
lain yang ditegah ialah
seseorang lelaki yang
berjumpa dengan Allah
di hari Hisab dengan
mempunyai hutang yang
belum dijelaskan lagi
"
|
|
|
6)
Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun
amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak
akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun
dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud :-
|
"
Semua dosa-dosa orang yang mati
syahid diampuni kecuali hutangnya
" (Riwayat Bukhari, Tarmizi,
An-Nasai' dan Ibn. Majah)
|
Rasulullah
S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan
jenazah orang yang masih mempunyai hutang.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa
bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W
satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan
bertanya tentang amalan si mati, tetapi
bertanya apakah si mati mempunyai hutang
atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang,
baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan
jenazah tersebut atau baginda meminta
sesiapa yang sanggup menaggung hutang
si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut
akan diserah atau ditanggung oleh pihak
Baitulmal.
Contoh
- contoh Dalam Situasi Berhutang
Pelbagai
contoh dan situasi behubung dengan hutang
yang boleh kita teladani dan insafi antaranya
ialah :-
1.
Seseorang peniaga membuka sesuatu perniagaan
dan memberi kemudahan berhutang kepada
pelanggan-pelanggan, setelah tiba tempoh
pembayaran hutang tersebut, mereka gagal
berbuat demikian, perkara ini sudah tentu
akan mendatangkan kerumitan kepada peniaga
tersebut untuk meneruskan perniagaan sehingga
boleh menyebabkan perniagaan itu ditutup.
2.
Seseorang yang diterima untuk melanjutkan
pengajian dengan mendapat pinjaman biasiswa.
Setelah membuat perjanjian untuk membayar
balik pinjaman tersebut dan setelah sampai
tempohnya , dia mengabaikan perjanjian
itu. Perkara ini akan menimbulkan kesukaran
kepada pihak yang memberi pinjaman untuk
meneruskan perkhidmatan seperti itu kepada
generasi yang akan datang.
3.
Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang
dengan institusi kewangan yang berkaitan
dengan orang ramai umpamanya pinjaman
kewangan kerajaan atau koperasi sudah
pasti ia akan menjadi lebih rumit untuk
diselesaikan apabila tiba hari pengadilan
di hadapan Allah S.W.T kerana melibatkan
ramai pihak. Oleh itu kita perlu berhati-hati
dalam hal berhutang supaya tidak tergolong
dalam golongan-golongan yang tersebut
di atas.
Implikasi
Melewat-lewatkan Bayaran Hutang
Apabila
seseorang itu berhutang, maka ia wajib
membayarnya semula dengan kadar segera
setelah berkemampuan berbuat demikian.
Islam menganjurkan antara perkara-perkara
yang wajib disegerakan di atas dunia ini
ialah membayar segala hutang piutang selain
daripada menyegerakan pengkebumian jenazah
dan mengkahwinkan anak perempuan.
Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran
hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya,
boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam
kehidupannya bukan sahaja didunia bahkan
di akhirat antaranya:-
1)
Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang
maruahnya
2) Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan
dan keberkatan Allah S.W.T
3) Perbuatan mereka itu digolongkan dalam
perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan mereka tidak akan
diterima.
|
Sabda
Rasululah S.A.W:
Maksudnya
:
|
Maksudya:-
" Penangguhan hutang
oleh orang yang berkuasa
membayarnya adalah satu
kezaliman, halal maruahnya
dan hukuman ke atasnya
(iaitu pemberi hutang
boleh mengambil tindakan
ke atas diri dan maruahnya)."
|
|
|
Seseorang
yang berhutang itu, telah berjanji untuk
membayar hutang mengikut sesuatu tempoh,
tetapi dia tidak menepatinya, maka dia
tergolong dalam golongan orang yang munafik
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:-
"
Tanda-tanda orang munafik itu ada empat
iaitu;
1) Apabila bercakap dia mendustainya
2) Apabila berjanji dia memungkirinya
3) Apabila diberi amanah dia mengkhianatinya
4) Apabila bergaduh dia berlebih-lebihan.
"
Dalam
konteks masyarakat kita pada hari ini
terdapat segelintir masyarakat yang berhutang,
tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut.
Seringkali kita dengar dan lihat melalui
laporan media cetak dan elektronik menerangkan
tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan
dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada
dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga
yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul,
disamun, dibunuh dan sebagainya.
Dalam
masa yang sama, pinjaman hutang yang terlalu
tinggi ditambah pula dengan bunga-bunganya
menyebabkan si pemiutang tidak mampu untuk
membayarnya. Disebabkan tidak tahan melalui
semua itu, mereka mengambil jalan pintas
dengan membunuh diri dan ada juga dikalangan
mereka yang dibunuh dengan kejam.
Syor
Dan Saranan
Setiap orang diharuskan berhutang tetapi
harus diingat janganlah nilai hutang itu
terlalu tinggi sehingga membebankan diri
sendiri apabila hendak membayarnya.
Setiap
hutang akan melibatkan pemberi dan pemiutang.
Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia,
adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab
si pemiutang untuk membayar semula apabila
sampai tempoh perjanjiannya. Allah S.W.T
berfirman :-
|
Maksudnya
:
|
"
Wahai orang-orang yang
beriman, penuhilah serta
sempurnakanlah perjanjian"
(Al-Ma'idah : 1 )
|
|
|
Pihak
yang memberi hutang perlu mewujudkan satu
perjanjian atau kontrak semasa berlakunya
'akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk
penipuan berlaku seperti tidak langsung
membayar semula hutang tersebut. Allah
berfirman:-
|
Maksudnya
:
|
"
Wahai orang yang beriman
apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang
diberi tempoh hingga
ke suatu masa tertentu
makan hendaklan kamu
menulis (perjanjian
hutang dan bayaran)
dan hendaklah ditulis
oleh seorang yang adil
dan janganlah sesorang
penulis enggan menulis
sebagaimana Allah mengajarkan.
Hendaklah ia menulis
dan orang yang berhutang
merencana dengan jelas
dan hendaklah bertakwa
kepada Allah dan janganlah
ia mengurangkan sesuatu
pun dari hutangnya itu"
(Al-Baqarah : 282)
|
|
|
Orang
yang berhutang hendaklah mempunyai sikap
bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan
sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang
tersebut apabila mempunyai peluang untuk
membayar hutang kerana perbuatan tersebut
digolongkan dalam perbuatan zalim dan
dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya
itu.
Orang
yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh
dengan anasir-anasir buruk yang boleh
membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu
mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan
apa yang dimiliki.
·
Seseorang yang ingin berhutang hendaklah
berniat serta bercita-cita untuk melunaskan
hutangnya, semoga Allah akan memudahkan
kepadanya untuk menjelaskan hutang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
|
"
Dan barangsiapa yang berhutang,
kemudian ia berniat tidak akan membayar
hutangnya, lalu ia mati, maka Allah
akan bertanya dihari Kiamat: Apakah
kamu mengira bahawa aku tidak akan
menuntut hak hambaku?, maka diambillah
amal kebaikkan orang itu, dan diberikan
kepada orang yang memberi hutang,
dan jika tidak mempunyai amal kabaikkan,
maka dosa-dosa orang yang memberi
hutang itu akan diberikan kepada
orang yang berhutang"
|
Rasulullah
S.A.W. mengajar kita supaya sentiasa berdoa
kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan
dari belenggu hutang dengan doanya yang
masyhur:-
|
Maksudnya
:
|
"
Ya Allah, sesungguhnya
aku mohon perlindunganMu
dari bebanan hutang
dan paksaan dari orang
yang memaksa"
|
|
|
Marilah
kita bersama-sama menunaikan amanah ini
dengan yang dipertanggungjawabkan itu
dengan penuh rasa kejujuran dan komited
agar dengannya kita bebas daripada tanggungan
hutang serta mendapatkan keredhaan Allah
S.W.T. di akhirat kelak insyaAllah.
Kesimpulan
Islam
sangat mengambil berat dalam soal pembayaran
hutang, dalam erti kata lain pembayaran
hutang merupakan suatu syarat untuk mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T.
·
Seseorang yang berhutang hendaklah berniat
dalam hatinya untuk menunaikan hutang
tersebut mengikut tempoh masanya kerana
Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk
membayar hutangnya.
Seseorang
yang berhutang janganlah menangguhkan
bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya
kerana perbuatan tersebut adalah tergolong
dalam perbuatan orang yang zalim.
Kita
mesti mempunyai sifat syukur kepada Allah
S.W.T. dengan apa yang telah kita miliki
dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab
agar kita dilindungi daripada bahaya dunia
dan akhirat.