Fatwa
dari segi bahasa arab iaitu fata - yaftu
- fatwa atau futya. Ia membawa maksud
menjawab perkara-perkara yang menjadi
kemusykilan seperti seseorang berkata
"meminta fatwa daripadanya maka
ia pun memberi fatwa" (Ibrahim
Najaib Muhammad Iwad, Al-Qada fi Al-Islam,
Kahirah:Majma Al-Bunuth Al-Islamiyyah
:1975 hal :10).
Fatwa
dan segi istilah ialah pemberitahuan
tentang sesuatu hukum syara' berdasarkan
istinbat yang dilakukan oleh seseorang
mufti yang mempunyai kewibawaan Islam
untuk memberi jawapan kepada sesuatu
kemusykilan, walau bagaimanapun jawapannya
itu tidak mengikat.
ENAKMEN
PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR)
2003
Pelantikan
Mufti dan Timbalan Mufti
44.
(1) Duli Yang Maha
Mulia Sultan hendaklah melantik mana-mana
orang yang layak dan sesuai menjadi
Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri
Selangor.
(2)
Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa,
orang yang menjadi Mufti dan Timbalan
Mufti bagi Negeri Selangor sebelum sahaja
seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah
disifatkan telah dilantik di bawah seksyen
ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti
bagi Negeri Selangor dan hendaklah terus
memegang jawatan itu.
Fungsi Mufti
45.
Mufti hendaklah membantu
dan menasihati Duli Yang Maha Mulia
Sultan berkenaan dengan semua perkara
Hukum Syarak, dan dalam semua perkara
sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa
utama di Negeri Selangor selepas Duli
Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika
diperuntukkan selainnya dalam Enakmen
ini.
Jawatankuasa
Fatwa
46.
(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa
bernama Jawatankuasa Fatwa.
(2)
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:-
(a) Mufti, sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Mufti;
(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;
(d) dua orang anggota Majlis yang dinamakan
oleh Majlis;
(e) seorang pegawai dan Jabatan Agama
Islam Selangor yang mahir dalam Hukum
Syara' yang akan dilantik oleh Majlis;
(f) tidak kurang daripada dua orang
dan tidak lebih daripada tujuh orang
yang layak dan sesuai, yang dilantik
oleh Majlis; dan
(g) seorang pegawai dari Jabatan Mufti
yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.
(3)
Mana-mana orang yang, sebelum sahaja
seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi
anggota Jawatankuasa Perunding Hukum
Syara' yang ditubuhkan di bawah Enakmen
terdahulu hendaklah tertakluk kepada
subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan
atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa
Fatwa dan hendaklah menjadi anggota
Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh pelantikannya
di bawah Enakmen yang terdahulu itu
tamat.
(4)
Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk
kepada Enakmen ini, memutuskan segala
persoalan berhubungan dengan tatacara
dan amalannya.
Kuasa
Jawatankuasa Fatwa untuk menyediakan
fatwa
47.
Tertakluk kepada seksyen 51, Jawatankuasa
Fatwa hendaklah, atas perintah Duli
Yang Maha Mulia Sultan, dan bolehlah
atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan
oleh mana-mana orang yang dibuat melalui
surat yang dialamatkan kepada Mufti,
menyediakan suatu fatwa atas apa-apa
persoalan yang belum muktamad atau yang
menimbulkan kontroversi berhubungan
dengan Hukum Syara'.
Tatacara
pembuatan fatwa
48.
(1)
Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa,
Mufti boleh menyebabkan supaya kajian
atau penyelidikan dijalankan sebagaimana
yang diarahkan olehnya dan kertas kerja
disediakan.
(2)
Apabila Jawatankuasa bercadang hendak
membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil
suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi
maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan
itu.
(3)
Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa
Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan
atas nama Jawatankuasa Fatwa, mengemukakan
fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.
(4)
Majlis boleh, selepas menimbang teliti
fatwa itu, membuat syor kepada Duli
Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan
perkenannya bagi penyiaran fatwa itu
dalam Warta.
(5)
Syor yang dibuat di bawah subseksyen
(4) hendaklah disertakan dengan memorandum
penjelasan dan ulasan daripada Majlis
jika Majlis berpendapat penjelasan dan
ulasan itu perlu.
(6)
Apabila fatwa itu telah diperkenankan
oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis
hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan
Negeri tentang fatwa itu dan selepas
itu hendaklah menyebabkan fatwa itu
disiarkan dalam Warta.
(7)
Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta
hendaklah disertakan dengan pernyataan
bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen
ini.
(8)
Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam
bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi,
tetapi teks fatwa itu dalam tulisan
jawi boleh juga disiarkan.
(9)
Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Fatwa tidak boleh diambil
sebagai fatwa melainkan jika pernyataan
itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen
(6).
Fatwa
yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat
49.
(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu
fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang
Islam yang berada di Negeri Selangor
sebagai ajaran agamanya dan hendaklah
menjadi kewajipannya di sisi Agama Islam
untuk mematuhi dan berpegang dengan
fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan
oleh Hukum Syara' untuk tidak mengikut
fatwa itu dalam perkara-perkara amalan
peribadi.
(2)
Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh
semua Mahkamah di dalam Negeri Selangor
tentang semua perkara yang dinyatakan
dalamnya.
Pindaan,
ubahsuaian atau pembatalan fatwa
50.
(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda,
mengubah-suaikan atau membatalkan mana-mana
fatwa yang telah disiarkan dalam Warta
di bawah Enakmen ini, atau di bawah
Enakmen terdahulu.
(2)
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan
sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai
suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan
seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7),
hendaklah terpakai baginya.
(3)
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan
sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta
hendaklah disertakan dengan pernyataan
bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen
(1).
Fatwa
yang ada hubungan dengan kepentingan
nasional
51.
(1) Walau apa pun kuasa Jawatankuasa
Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa
Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang
dicadangkan dibuat adalah berkaitan
dengan perkara-perkara yang menyentuh
kepentingan nasional, Jawatankuasa Fatwa
hendaklah menangguhkan perbincangannya
tentang fatwa yang dicadangkan itu dan
mengemukakan perkara itu kepada Majlis.
(2)
Selepas menimbang teliti perkara itu
Majlis boleh membuat syor kepada Duli
Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapat
perkenannya supaya fatwa yang dicadangkan
itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan, melalui Majlis Raja-Raja.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
(1), suatu fatwa adalah dianggap berkaitan
dengan perkara-perkara yang menyentuh
kepentingan nasional jika persoalan
itu ada hubungan dengan apa-apa perkara,
dasar, program atau aktiviti yang secara
langsung menyentuh kepentingan Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana
kementerian, jabatan atau agensi-agensinya.
(4)
Jika Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan
perkenannya di bawah subseksyen (2),
Majlis hendaklah, sebelum fatwa itu
dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan, memaklumkan kepada Kerajaan
Negeri tentang perujukan itu.
(5)
Apabila sesuatu fatwa yang dicadangkan
telah dirujukkan kepada Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa itu hendaklah
mengemukakan nasihat dan syornya kepada
Majlis Raja-Raja mengikut subseksyen
(2) tentang perkara itu.
(6)
Jika Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan
atau mengesyorkan supaya fatwa yang
dicadangkan itu dibuat, dengan atau
tanpa ubahsuaian yang disyorkan olehnya,
atau menasihatkan atau mengesyorkan
suatu fatwa lain tentang perkara yang
sama dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju
dengan nasihat dan syor Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan itu, maka Majlis hendaklah
menimbang nasihat dan syor itu dan selepas
itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa
mengikut nasihat dan syor itu disiarkan
dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau
ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan
seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7),
hendaklah terpakai baginya.
(7)
Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta
hendaklah disertakan dengan pernyataan
bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen
ini. Menerima pakai nasihat dan syor
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
52.
(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah menerima
pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan
atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis
Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan
yang meliputi seluruh Persekutuan menurut
Fasal 2(b) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
(2)
Nasihat atau syor yang diterima pakai
menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah
disifatkan sebagai fatwa dan seksyen
48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah
terpakai baginya.
(3)
Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta
hendaklah disertakan dengan pernyataan
bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen
ini. Meminta pendapat daripada Jawatankuasa
Fatwa 53. Jika dalam mana-mana Mahkamah
selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan
Hukum Syara' perlu diputuskan, Mahkamah
itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa
Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti
boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa
Fatwa itu kepada Mahkamah yang membuat
permintaan itu. Qaul muktamad yang hendaklah
diikuti
54.
(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa
di bawah seksyen 48 atau memperakukan
apa-apa pendapat di bawah seksyen 53
Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya
mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat
yang diterima) Mazhab Syafie.
(2)
Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat
bahawa dengan mengikut qaul muktamad
Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan
dengan kepentingan awam akan terhasil,
Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut
qaul muktamad Mazhab Hanafi , Maliki
atau Hanbali.
(3)
Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat
bahawa tiada satu pun qaul muktamad
daripada empat mazhab itu boleh diikuti
tanpa membawa kepada keadaan yang ber-lawanan
dengan kepentingan awam, Jawatankuasa
Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut
ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad
daripada mana-mana mazhab yang empat
itu.