|
|
|
|
|
Al-Quran
Membentuk Akhlak Mulia.
|
AL-quran
Adalah Kitab Allah
|
Al
Quran adalah "kalam Allah" yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
secara beransur-ansur bersifat mukjizat
dan membacanya merupakan satu ibadah.
Oleh kerana Al-Quran bersumberkan wahyu
daripada Allah S.W.T maka kandun- gannya
menyeluruh dan menepati seluruh aspek-aspek
kehidupan manusia yang meliputi semua
tempat dan zaman.
Al-Quran
bukan sekadar membicarakan persoalan akidah,
ibadat, dan akhlak masyarakat, malah Al-Quran
terus menjadi bahan kajian para sarjana
dan professional dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, ekonomi, sains, teknologi
dan sebagainya.
|
Al-Quran
membentuk Akhlak Mulia.
|
Al-Quran
merupakan wahyu daripada Allah S.W.T yang
mengandungi petunjuk, pembimbing dan pembeza
antara yang hak dan yang batil. Bagi memperbaiki
akhlak manusia,Allah telah menurunkan
Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan
misi utamanya membangunkan akhlak manusia
agar dapat keredhaan Allah S.W.T.
Kesejagatan
fungsi Al-Quran menjadi pencetus akhlak
terpuji, bukan sahaja kepada masyarakat
Islam, malah untuk umat semua umat manusia.
Akhlak mulia yang disarankan oleh Al-Quran
adalah seperti berilmu, beriman, bertakwa,
beramal soleh dan sebagainya.
|
Mentaati
Allah dan Rasul-Nya.
|
Sebagai
seorang hamba, perkara pokok yang menjadi
asas kepada kita semua adalah mentaati
perintah Allah dan Rasul-Nya.
|
"
Seorang mukmin yang baik, lelaki
atau perempuan, tidak akan membantah
apa yang telah diperintahkan oleh
Allah dan Rasul Nya, dan
orang yang mengingkari Allah dan
Rasul sesungguhnya dia adalah
orang yang sesat. "
(
Al-Ahzab : 36 )
|
|
Beribadat
kepada Allah.
|
Ibadat
dapat membentuk akhlak mulia. Melalui
ibadat, tingkahlaku kita akan sentiasa
terkawal dan dijaga daripada melakukan
maksiat atau kemungkaran.
|
"
Dirikanlah solat, sesungguhnya solat
mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar "
(
Al-Ankabut : 45 )
|
Kita
hidup kerana Allah, bekerja kerana Allah
dan mati pun kerana Allah juga. Semuanya
menjadi ibadat jika dilakukan kerana Allah
S.W.T . Firman Allah S.W.T. yang bermaksud
:
|
"
Katakanlah wahai Muhammad; Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidup
dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekelian alam."
(
Al-Anam : 162 )
|
|
Berbuat
Baik Kepada Ibu Bapa.
|
Tiada
siapa yang boleh menafikan jasa dan pengorbanan
ibu bapa sungguh besar ertinya. Tanpa
usaha mereka siapalah kita sekarang. Ibu
bapalah yang bertungkus-lumus mendidik
dan mengasuh kita sejak kecil lagi. Merekalah
yang turut mencorakkan kebahagiaan dan
keselesaan hidup kita sekarang. Oleh itu,
sebagai membalas jasanya, kita mestilah
taat dan menghormati mereka seperti mana
yang telah Allah perintahkan di dalam
Al-Quran yang bermaksud :
|
Hendaklah
engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang daripada keduanya
atau kedua-duanya sekali mencapai
umur tua, janganlah engkau berkata
kasar terhadapnya, sekalipun perkataan
" Ah " dan jangan menengking
mereka, tetapi bercakaplah dengan
perkataan yang baik dan lemah lembut
"
(
Al-Isra : 23-24 )
|
|
Mensyukuri
Nikmat Allah.
|
Orang
yang bersyukur adalah manusia yang bertuah
kerana Allah akan menam-bahkan nikmat
kepadanya selama mana ia mensyukuri segala
pemberian yang diperolehinya. Manakala
orang yang tamak adalah orang yang rugi
kerana mereka tidak dapat merasakan nikmat
sebenar daripada pemberian Allah S.W.T.
Sebagai
manusia yang telah banyak menerima anugerah
Allah, Kita sepatutnya selalu bersyukur
kepada Allah. Dan sebagai tanda menghargainya,
kita hendaklah menjadi insan yang lebih
bertakwa dan beramal soleh.
|
"
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu
: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan tambah nikmatKu
kepada kamu, dan sesungguhnya jika
kamu kufur ( ingkar ) sesungguhnya
azabKu amatlah pedih. "
(
Ibrahim : 7 )
|
|
Jangan
Mencemuh Atau Merendah-rendahkan Orang Lain.
|
Semua
orang mahu dirinya dihormati. Semua orang
suka dipuji dan tidak mahu dicaci. Oleh
itu kita perlu menghormati orang lain
terlebih dahulu jika ingin orang lain
menghormati kita. Jika kita mahu dihormati,
Kita hendaklah berkelakuan baik, mengawal
tingkahlaku daripada perbuatan yang tidak
elok.Lakukanlah kerja yang lebih berfaedah
untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
bermanfaat.
|
"
Wahai orang-orang yang beriman !
Janganlah sesuatu puak di kalangan
kamu ( lelaki dan perempuan ) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak yang
lain, kerana boleh jadi puak yang
dicemuh itu lebih baik daripada
yang mencemuh ; dan janganlah kamu
menyatakan keaiban orang lain dan
jangan pula kamu panggil-memanggil
dengan gelaran yang buruk
"
(
Al-Hujurat : 11 )
|
|
Jangan
Memboros Atau Membazir.
|
Pengguna
berhemah adalah pengguna yang bijak. Kita
berbelanja hendaklah berdasarkan keperluan,
mengikut kemampuan dan tidak keterlaluan.
Orang yang berbelanja melebihi keperluan
adalah orang yang dimurkai Allah.
|
"
Dan janganlah engkau membelanjakan
hartamu dengan boros yang melampau-lampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros
itu adalah saudara syaitan, sedangkan
syaitan itu adalah makhluk yang
sangat kufur kepada Tuhannya."
(
Al-Isra : 26-27 )
|
|
Bersangka
Baik.
|
Kita
hendaklah bersangka baik terhadap orang
lain dalam setiap atau semua perkara.
Inilah yang dikatakan positive thinking
. Allah melarang kita bersangka buruk
kerana prasangka adalah sejenis penyakit
psikologi yang amat sukar diubati.
|
"Wahai
orang-orang yang beriman jauhilah
kebanyakan prasangka kerana sesungguhnya
sebahagian prasangka itu adalah
dosa dan janganlah pula mencari-cari
kesalahan orang lain
"
(
Al-Hujurat : 12 )
|
|
Sabar
Menghadapi Ujian.
|
Sifat
sabar memberi daya tahan kepada manusia
yang pro-aktif. Manusia yang sabar tidak
akan berputus asa walaupun menempuh ujian
yang getir daripada Allah S.W.T. Sabar
sepatutnya dijadikan perisai oleh generasi
sekarang untuk mengharungi cabaran dunia
moden. Manusia yang sabar dan lebih berdaya
saing akan cepat matang berbanding orang
lain.
|
Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu ( ketika menghadapi kesukaran
dalam mengerjakan kebajikan ) dan
kuatkanlah kesabaran kamu
"
(
Ali-Imran : 200 )
|
Dalam
era pembangunan masa kini, umat Islam
amat perlu menjadikan nilai-nilai murni
sebagai wadah keluhuran akhlak. Jika akhlak
sudah mula sebati dengan jiwa masyarakat,
penyakit sosial seperti yang berlaku pada
hari ini dapat dihindarkan. Oleh itu jadikanlah
Al-Quran sebagai pedoman agar hidup kita
bahagia di dunia dan akhirat
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|