|
Kesalahan
Dari Sudut Akidah
1.
Baiah
Setiap
pengikut beliau perlu berbaiah dengan
Hj. Nurhasan atau wakilnya dan meyakini
beliau sebagai Amirul Mukminin. Mereka
harus tunduk dan patuh kepada ketentuan
guru.
2.
Tidak Islam
Menurut
Hj. Nurhasan bahawa mana-mana orang yang
telah memasuki Islam Jamaah telah menjadi
Islam yang sebenar manakala orang lain
dianggap kafir. lni berdasarkan apa yang
diperkatakan oleh Khalifah Umar Ibnu al-Khattab
yang
berbunyi:
Maksudnya: Tidak Islam kecuali berjamaah
(Islam Jamaah), tidak berjamaah kecuali
beramir, tidak beramir kecuali berbaiah
dan tidak berbaiah kecuali harus
taat (kepada amir.
3.
Sumber Hukum
Menurut
kumpulan Islam Jamaah, Amir adalah sumber
hukum. Oleh itu, Amir akan menentukan
segala-galanya ke atas pengikut seperti
perkahwinan, perceraian dan sebagainya.
Jika anak ingin berkahwin perlu mendapat
izin Amir dan poligami dilarang di kalangan
pengikut. Jika Amir tertarik dengan seseorang
gadis, maka bapa perlu mengizinkan untuk
berkahwin dengannya. Amir dibenar berpoligami.
Ada diceritakan bahawa Amirul Mukminin
pernah berkahwin cerai sebanyak 13 kali.
Kesalahan
Dari Sudut Syariah
1.
Menolak sumber hukum Ijma dan Qias
Pengikut-pengikut
diajarkan al-Quran dan Hadis secara mengkul
dari Hj. Nurhasan tanpa dilengkapi ilmu
sorof, nahu, balaghah dan kitab-kitab
tafsir. Mereka tidak menerima ilmu feqah
dan Usul Fiqh kerana selain al- Quran
dan Hadis dianggap Bidah Dholalah.
Hadis Nabi riwayat Bukhari dan Muslim
tidak diterima. Hadis yang diterima hanya
hadis yang diterima secara silsilah guru,
Imam dan amirul mukminin mereka sahaja
(Hj. Nurhasan al-Ubaidah).
2.
Najis mughallazah tidak perlu disamak
Ajaran
kumpulan in menjelaskan bahawa hanya bejana
atau pinggan mangkuk yang dijilat anjing
sahaja yang perlu disamak seperti yang
disebutkan dalam hadis. Adapun selain
dari itu sekiranya kita memegang anjing
atau babi mahupun dalam keadaan basah
tidak perlu disamak, kerana mereka menganggap
ianya tidak najis.
3.
Hanya najis manusia dianggap najis
Mereka
mentafsirkan bahawa hanya najis manusia
sahaja yang dianggap najis, Najis binatang
tidak dikategorikan sebagai najis seperti
tahi cicak. Cara-cara menyuci najis manusia
hanya perlu buang najis tersebut, kemudian
disiram. Sekiranya najis tersebut terkena
lantai rumah atau tempat yang luas, tidak
perlu mengalirkan air tersebut. Manakala
najis binatang sama ada terkena pada tempat
sembahyang atau pakaian tidak perlu disucikan,
kerana ia tidak najis.
4.
Tafsiran air dua kolah dan mustamal
Mengikut
tafsiran Islam Jamaah pada umumnya yang
dimaksudkan air dua kolah itu tiada sukatan
yang sebenarnya terpulang kepada seseorang
itu untuk membuat sukatan, jika ia berpendapat
sukatannya satu baldi maka itulah sukatan
yang se-benarnya. Manakala tafsiran Air
Mustamal pula ialah Air bertakung
yang sudah bercampur najis manusia,
adapun air yang sudah digunakan atau air
yang sudah bertukar warna seperti terkena
air sabun atau sebagainya tidak dikira
Mustamal bahkan air itu suci dan
menyucikan. Oleh yang demikian dalam tafsiran
merekan air satu timba boleh digunakan
untuk mengambil air sembahyang untuk beberapa
orang dengan mencelupkan tangan ke dalam
timba tersebut.
5.
Sembelihan
Mengenai
sembelihan, kumpulan Islam Jamaah telah
menetapkan bahawa mana-mana binatang yang
mati di dalam kawasan atau perkampungan
orang-orang Islam ia tidak perlu disembelih
dan halal dimakan. Tulang babi juga tidak
haram atau najis kerana di dalam al-Quran
menyebutkan hanya daging babi sahaja.
Alasan mereka berbuat demikian keran ia
makhluk ciptaan Allah.
6.
Melakukan sembahyang Jumaat di rumah
Mereka
berpendapat bahawa sembahyang Jumaat berjamaah
di masjid itu hanyalah adat sahaja. Dengan
alasan sembahyang boleh dilakukan di mana-mana
sahaja. Di dalam al-Quran (Surah Al-Jumuah)
menyebutkan kita hendaklah mengingati
Allah dan tidak pula disuruh mendirikan
sembahyang Jumaat. Oleh itu ada ketikanya
mereka hanya membaca al-Quran dan Hadis
atau berzikir di rumah. Jika mereka mendirikan
sembahyang Jumaat di rumah hanya dihadiri
kurang 40 orang dengan membaca khutbah
dalam bahasa AraB. Amalan ini juga disebut
Budi Lohor.
|