Alhamdulillah dengan taufiq dan hidayahnya
Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat
menerbitkan sebuah jurnal yang dinamakan
al- Hikmah. Al-Hikmah merupakan himpunan
kertas-kertas kerja yang dibincang
dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Perunding Hukum Syarak (FATWA) Negeri
Selangor.
Jurnal
ini merupakan Medium Maklumat
Bermanfaat yang amat sesuai
kepada semua, samada golongan profesional,
ahli akademik, cendekiawan, Institut
Pengajian Tinggi (IPT) mahupun orang
awam yang boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan khususnya dalam membuat
kajian dan penyelidikan.
Adalah
diharapkan bahawa, dengan terbitnya
jurnal ini, masyarakat keseluruhan
dapat mengambil maklumat yang jelas
berhubung sesuatu isu yang dibincang
dan diputuskan dalam Mesyuarat Fatwa.
Mudah-mudahan segala usaha murni ini
akan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..