Pengenalan Bahagian Pentadbiran
Pegawai Bahagian Pentadbiran
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang :

Pada awal tahun 1999, urusan pentadbiran dan kewangan secara sepenuhnya oleh Jabatan Mufti Selangor telah dilaku-kan.Bahagaian ini bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
 
 

Objektif:

1.
Segala Perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti mengikut dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.
2.
Pengurusan Kewangan dan belanjawan jabatan dilaksanakan dengan baik dan sempurna mengikut peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan.
3.
Pengurusan perkhidmatan seperti buku perkhidmatan, kursus/latihan, perjawatan dan pencen untuk warga jabatan sentiasa dikemaskini dan diuruskan dengan baik serta mengikut keperluan semasa.

Fungsi :

1.
Bertanggungjawab bagi menguruskan hal ehwal Kewangan, Pentadbiran dan Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
2.
Mengurus bayaran gaji dan elaun serta kemudahan lain kepada pegawai/kakitangan Jabatan Mufti Selangor.
3.
Menyediakan belanjawan Tahunan Jabatan.
4.
Mengurus pembelian / harta modal / inventori / bekalan pejabat dan perkhidmatan untuk Jabatan.
5.
Mengurus penyediaan baucer bayaran bil / invois bagi urusan perkhidmatan / bekalan yang dibeli dan elaun Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa).
6.
Menguruskan penyelenggaraan kereta Dato' Mufti / Jabatan, lain-lain harta modal / inventori / bekalan pejabat.
7.
Mengutip hasil berkaitan kursus yang diadakan oleh Jabatan.