|
|
|
 |
 |
|
|
|
|
|
|
Latar
Belakang :
|
Jabatan
Mufti Negeri Selangor pada asalnya merupakan
salah satu bahagian yang terdapat dalam
Jabatan Agama Islam Selangor. Ia dikenali
sebagai Bahagian Fatwa. Walau bagaimanapun
pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) telah mengeluarkan Surat Pekeliling
mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada
Jabatan Agama Islam Selangor. Maka tertubuhlah
Jabatan Mufti Negeri Selangor terletak di
Tingkat 4, Podium Selatan, Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Dimana
pada ketika itu, hanya terdapat dua bahagian
sahaja iaitu Bahagian Pentadbiran/Kewangan
dan Bahagian Istinbat iaitu bahagian yang
berkaitan dengan hal ehwal Islam.
|
|
|
|
| |
|
Objektif:
|
1.
|
Masyarakat
dapat memahami isu-isu semasa yang berkaitan
dengan hukum syara'.
|
|
2.
|
Perbezaan
pendapat dalam perkara khilafiah dapat diselesaikan
dengan cara yang berhemah..
|
|
3.
|
Segala perkara yang melibatkan mesyuarat,
persidangan dan seminar diuruskan secara
sistematik dan teratur.
|
Fungsi:
Bahagian
Istinbat , Jabatan Mufti Negeri selangor menjalankan
fungsi-fungsi berikut :-
|
1.
|
Membuat
penyelidikan terhadap isu yang memerlukan
kepada keputusan Jawatankuasa Perunding
Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor.
|
|
2.
|
Memberi maklumat yang sistematik berkaitan
dengan segala masalah yang berhubung dengan
fatwa.
|
|
3.
|
Mengeluarkan garis panduan bagi mengatasi
segala perbezaan pendapat yang timbul dalam
perkara khilafiah.
|
|
4.
|
Mengurus dan mengendalikan persidangan,
multaqa, seminar, bengkel dan segala mesyuarat
yang berkaitan.
|
|
5.
|
Menyebarkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan
oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara',
(FATWA) untuk panduan umat Islam.
|
|
6.
|
Membangunkan aspek-aspek pembinaan methodologi
Istinbat dan Fatwa.
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|