Pendahuluan
Solat
yang fardhu dan kebanyakan solat sunat hanya
sah didirikan pada tempoh masa tertentu. Ilmu
falak / astronomi menyediakan kaedah perhitungan
dan penghisaban waktu solat yang boleh diyakini
ketepatannya.Dalam
konteks penetapan waktu solat (sembahyang) samada
solat fardhu mahupun solat sunat tertentu, dasar
syarak yang ditetapkan adalah merujuk kepada
kedudukan matahari relatif kepada kita.
Hasil
daripada pengamatan dan pengkajian berterusan
terhadap pergerakan matahari, maka dibuat model
matematik bagi pergerakan tersebut dan dari
situ kiraan astronomi dapat dilaksanakan.Ketepatan
kiraan adalah bergantung kepada beberapa faktor,
diantaranya model matematik pergerakan matahari
tersebut.
Pada
masa kini, telah terbukti bahawa model yang
digunakan adalah agak tepat dan memadai untuk
amalan solat.Sesungguhnya,
hukum fiqh tentang waktu solat itu sendiri pun
ada kelonggaran dan fleksibel, sejajar dengan
Agama Islam itu sendiri yang sesuai untuk semua
manusia, tempat dan zaman.
Sebagai
contoh, mengikut hukum fiqh, waktu awal maghrib
adalah bila matahari terbenam. Hukum ini adalah
tetap sampai akhir zaman. Setiap manusia yang
tidak cacat penglihatan, kalau berada di tepi
pantai mampu melihat peristiwa matahari terbenam
di ufuk barat dan seterusnya boleh mula menunaikan
solat Maghrib atau berbuka puasa jika pada bulan
Ramadhan.
Seterusnya
bagi mereka yang mempunyai ilmu berkaitan dan
mampu membuat penghisaban waktu matahari terbenam.
Ia merupakan satu kemudahan baginya dimana ia
tidak perlu ke tepi pantai untuk melihat fizikal
matahari ketika terbenam untuk memulakan solat
maghrib atau berbuka puasa. Sebaliknya ia boleh
merujuk kepada waktu hasil kiraannya yang diyakini.
Begitulah kaedah dengan penetapan waktu-waktu
solat yang lain.
Dalam
mengerjakan ibadah solat, selain mengetahui
dengan yakin tentang waktu, perkara utama juga
adalah meyakini arah Qiblat. Salah
satu syarat sah solat/sembahyang yang dilakukan
dalam keadaan aman adalah menghadap qiblat iaitu
Ka'abah di Makkah al Mukarramah.
|
Firman
Allah S.W.T bermaksud:
|
"Dari
arah mana saja kamu keluar
(datang), maka palingkanlah
wajahmu kearah Masjidil haram.
Sesungguhnya ketentuan itu
benar-benar sesuatu yang hak
dari Tuhanmu. Dan Allah sesekali
tidak lengah dari apa yang
kamu kerjakan."
(Al-Baqarah
: ayat 149)
|
Ayat
150 dalam surah Al-Baqarah menekankan
perkara yang sama.
|
Dalam
Hadith pula, yang bermaksud :
|
Dari
Abi Hurairah r.a. berkata Nabi S.A.W
bersabda :
|
"Bila
hendak mengerjakan solat maka
sempurnakanlah wuduk, lalu
menghadap qiblat, kemudian
takbir." (Riwayat Bukhari
& Muslim)
|
|
|
Berdasarkan
dalil daripada Al-Quran dari Hadith di atas dapat
disimpulkan bahawa menghalakan wajah ke arah qiblat
adalah syarat sah sembahyang Qiblat itu adalah
kedudukan Kaabah.
Bagi
masyarakat yang berada di Masjidil Haram, soal
menghadap ke arah qiblat tidak menjadi masalah.
Namun bagi kita yang berada jauh dari Masjidil
Haram adalah kadangkala menimbulkan masalah
yang boleh membawa kepada pertentangan pendapat
antara kita.
|
Segolongan
berpendapat perlu menghadap ke arah qiblat
denga tepat, manakala segolongan lain
pula dengan agak-agak sahaja. Namun cuba
kita perhatikan maksud hadis Rasulullah
S.A.W. berikut :
|
Baitullah
(Ka'abah) adalah qiblat bagi
orang-orang dalam Masjidil
Haram dan Masjidil Haram adalah
qiblat orang-orang yang tinggal
di Tanah Haram (Makkah) dan
Tanah Haram adalah qiblat
bagi seluruh penduduk bumi,
timur dan baratnya dari umat
ku"
|
|
Oleh
itu, ia adalah jelas bahawa satu ketentuan
perlu dibuat supaya arah iblat yang kita
hadapkan adalah arah qiblat yang sebenar
menghadap ke Baitullah.
|
Kaedah
Menentukan Arah Kiblat
|
Terdapat
banyak kaedah yang dilaksanakan bagi penentuan
arah qiblat seperti :
|
1.
|
Merujuk
kepada matahari terbenam |
|
2.
|
Menggunakan
kompas |
|
3.
|
Menggunakan
peralatan ukur seperti theodolait
|
Namun
begitu, penumupan kepada kaedah ilmu hisab
digunakan kerana ia memberi ketepatan
yang terbaik dan diamalkan pada hari ini.
Penetapan Arah Qiblat dapat dibuat dengan
beberapa cara namun cara yang sistematik
adalah dengan kaedah kiraan trigonometri
sfera (matematik).
|