|
Pada
awal penubuhan Unit Falak Syarie, fungsinya
dijalankan dibawah tanggungjawab Bahagian
Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Peranan utama yang dilaksanakan ialah mencerap
anak bulan pada awal Ramadhan, Syawal dan
Zulhijjah dengan kerjasama Jabatan Ukur
dan Pemetaan. Disamping itu, bahagian ini
menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab
lain seperti penentuan arah kiblat, penyediaan
takwim hijrah dan penetapan waktu solat.
Walaubagaimanapun
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dalam mesyuaratnya pada 20 September 1999
telah membuat keputusan bahawa, meletakkan
Bahagian Falak Syarie dibawah tanggungjawab
Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia termasuk
Negeri Selangor untuk menyelaraskan pentadbirannya.
Sehubungan
itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
telah bersetuju mewujudkan Bahagian Falak
Syarie di Jabatan Mufti Selangor mengambil
alih tugas dan peranan "Unit Falak
Syarie" daripada Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) secara keseluruhannya.
Dengan
wujudnya Bahagian Falak Syarie, inisiatif
yang telah dijalankan ialah dengan melantik
pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan
bahagian tersebut.
Justeru
itu, pada 1 Januari 2001, Kerajaan Negeri
Selangor telah melantik tiga (3) orang pegawai
yang berkhidmat di Bahagian Falak Syarie
iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S3),
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S5)
dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S7)
|